Penyerang pasukan Selangor, Khyril Muhymeen tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke negeri kelahirannya, Kedah pada masa akan datang.

Namun, dalam satu temu bual bersama La BOLA Malaya, Khyril menegaskan fokus beliau ketika ini ialah membantu Selangor meraih kejayaan sekaligus membalas jasa kepada pasukan yang memberinya peluang kedua untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Malaysia.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=403030040395240&id=137773320254248

“Saya rasa mana-mana pemain pun mempunyai keinginan untuk bermain dengan negeri sendiri biar sejauh dan selama mana pun dia merantau.

“Memang menjadi impian saya untuk kembali menyarung jersi Kedah suatu hari nanti. Selama 10 tahun bermain untuk mereka, banyak kenangan manis saya bersama pasukan itu.

“Tapi, buat masa sekarang keutamaan saya adalah Selangor. Impian saya adalah membantu mereka menjulang Piala Malaysia. Hanya ini cara saya untuk membalas kepercayaan dan peluang yang mereka berikan kepada saya.

Khyril Muhymeen

Aksi Khyril ketika perlawanan menentang PJ City FC.
Sumber Gambar: FA Selangor

Tambah Khyril, beliau sangat berterima kasih kepada ketua jurulatih pasukan, B.Satianathan yang sabar menunggu untuk pemain berusia 32 tahun itu pulih daripada kecederaan.

“Saya sangat berterima kasih kepada Selangor khususnya coach Sathia yang bersabar menunggu saya pulih daripada kecederaan dan kembali cergas. Beliau masih mempercayai kemampuan saya untuk beraksi dalam kesebelasan utama,” tambahnya.

Selangor bakal berdepan Johor Darul Ta’zim pada peringkat separuh akhir selepas menewaskan pasukan Perak di peringkat suku akhir.

Meen meninggalkan Kedah pada 2015 untuk menyertai Negeri Sembilan namun beberapa siri kecederaan menyebabkan kariernya terbantut sekaligus menyaksikan dia berpindah daripada satu kelab ke satu kelab selepas itu bermula Air Asia FC, PKNS FC dan Perlis (awal musim 2019) sebelum menyertai Selangor.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

PKNS FC Jadi ‘Feeder Club’ Kepada Selangor

Piala Malaysia 2019: Selangor Tekad Bangkit Padam Kelebihan Jaringan The Bos Gaurus

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group