Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal menjelaskan kedudukan ketua jurulatih skuad Malaysia bawah 15 tahun (B-15), P. Maniam tidak akan terjejas meskipun pasukan itu gagal melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan AFC B-16 tahun depan.

Subahan juga membayangkan khidmat Maniam mungkin akan terus digunakan untuk membentuk pasukan muda yang lebih mantap bagi menghadapi kejohanan lain pada masa yang akan datang.

“Jurulatih itu telah melakukan tugas yang baik dan bagi saya beliau (Maniam) dan bahagian pengurusan telah melaksanakan tanggungjawab dengan sangat baik. Ia bukan hanya mengenai kemenangan, tetapi pembangunan satu pasukan remaja yang kuat,” katanya dalam Utusan Malaysia

03_Subahan_Kamal_1522679729
FOTO: Bernama

Walaupun sasaran untuk beraksi di Piala Dunia B-17 2021 seperti yang ditetapkan dalam Peta Hala Tuju F:30 tidak berjaya dicapai namun Subahan menyifatkan ia bukan satu kegagalan besar berdasarkan prestasi skuad Malaysia B-15 dalam 19 perlawanan yang dilalui.

“Kami amat teruja apabila melihat pasukan Malaysia mampu bersaing dengan Jepun yang merupakan pasukan gergasi asia.

“Tanggapan bahawa F:30 gagal tu adalah tidak munasabah. Ia satu pencapaian yang mengagumkan untuk mereka (B-15) sebab daripada 19 perlawanan sejak pasukan ditubuhkan, mereka hanya kalah sekali. Lagipun pada ketika kekalahan itu (kepada Laos) ramai pemain demam, sebab itu mereka tidak dapat beraksi dengan baik.

“Bagi FAM, kita tidak gagal. Kita nampak pasukan muda ini dah boleh menyaingi pasukan Jepun yang kita tahu mempunyai program pembangunan sangat baik dan menyeluruh. Jadi apa yang kita buat dalam jangka masa pendek ini sahaja, dah boleh menyaingi pasukan gergasi dunia,” katanya.

RUMUSAN MALAYSIA B-15-01

Sejak dibawah kendalian P. Maniam, skuad Malaysia B-15 bergelar juara dalam dua kejohanan jemputan di Hong Kong dan China. Kemudian, mereka mencipta kejutan dengan menamatkan penantian selama 5 tahun sebagai juara kejohanan AFF B-15.

Hanya kekalahan kepada Laos menjadi punca utama kegagalan mereka untuk beraksi di pentas Asia pada tahun 2020.

Imbas kembali prestasi skuad Malaysia B-15 ketika dalam kejohanan AFF B-15 bulan lepas.

Tandukan Nabil Qayyum Pastikan Malaysia Juara AFF B-15

Australia Tewas Mengejut Ditangan Anak Buah P. Maniam

AFF B-15: Malaysia Gah Benam Vietnam Untuk Mara Ke Perlawanan Akhir