Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abd Samad memberi jaminan isu tunggakan gaji tidak akan berlaku kepada skuad Warga Kota yang akan bersaing di Liga Premier musim ini.

Katanya seperti dipetik dalam Arena Metro, pasukan itu berjaya mendapat penajaan serta sokongan daripada beberapa syarikat swasta bagi mencapai sasaran untuk kembali ke Liga Super pada tahun 2021.

“KL ini bernasib baik sikit kerana pihak swastanya ramai dan mereka juga banyak mengadakan perniagaan-perniagaan yang menguntungkan dan oleh itu mereka sanggup beri sumbangan.

“InsyaAllah dari segi kewangan takkan jadi masalah kerana saya rasa bila KL dah jatuh ke Liga Perdana ramai pihak swasta yang hadir ke pasukan dan merasakan tidak sepatutnya berlaku (jatuh ke Liga Perdana) dan mereka sanggup memberikan sokongan dan bantuan,” katanya

82041512_2776921032351033_8514169882839875584_o
FOTO: KLFA

Khalid turut mengakui mendapatkan penajaan untuk pasukan bola sepak Liga Malaysia merupakan sesuatu yang sukar kerana kebanyakannya masih bergantung kepada dana kerajaan negeri.

Justeru itu, beliau tekad memastikan Kuala Lumpur kurang bergantung kepada dana kerajaan sebaliknya berusaha mendapat penajaan daripada pihak swasta.

“Isu penajaan untuk pasukan bola sepak ini memang suatu cabaran yang mesti dihadapi semua pasukan dan kita kena cuba yakinkan semua pihak terutama kepada pihak swasta atau kerajaan.

“Kebanyakan pasukan negeri mereka dapat sumbangan dari kerajaan negeri, tapi kalau mana-mana negeri yang kurang peruntukan maka kita harap akan ada penaja-penaja dari pihak swasta.

“Sebenarnya ia bukan saja perlu dilihat dari segi elemen perniagaan tetapi sebagai satu usaha untuk menyumbang kepada kualiti bola sepak di negara kita ini,” katanya.

80741923_2776921115684358_6262891710112595968_o
FOTO: KLFA

Semalam, KLFA mengumumkan kemasukan pemain import baharu dari Kyrgyzstan, Azamat Baimatov. Azamat mempunyai 30 kaps bersama skuad kebangsaan Kyrgyzstan dan mempunyai pengalaman beraksi di eropah bersama kelab Rusia dan Latvia.

Beliau sepatutnya sudah lama menjadi milik Kuala Lumpur pada musim lalu namun disebabkan tidak menerima pelepasan kelab terdahulu, Dordoi Bishkek, khidmatnya terpaksa ditangguhkan.

Baca artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Selain Pusat Latihan Tertutup, Selangor Juga Bakal Memiliki Pusat Perubatan Dan Pejabat Teknikal

Felda United Uji Kekuatan Dalam Piala Gubernur Sumatera Utara Di Indonesia

Kedah Jalani Perlawanan Pra Musim Di Kemboja

Sumber