Bekas pemain Perak, Khalid Jamlus menegaskan beliau bukanlah pilihan yang tepat untuk menjadi ketua jurulatih pasukan yang sedang bergelut dalam saingan Liga Super itu.

Khalid memberikan komen beliau di laman media sosial dimana ada segelintir peminat yang mahu beliau untuk menggantikan Chong Yee Fatt sebagai pengendali pasukan kerana Perak ketika ini sedang menduduki zon penyingkiran dalam carta liga.

Menurut Khalid, dengan nada menyindir beliau menegaskan menjadi pemain yang baik belum tentu menjadikan seseorang individu itu sebagai ketua jurulatih yang bagus.

Selain itu, Khalid Jamlus turut menyatakan pengalaman beliau yang tidak seluas jurulatih lain menjadi faktor mengapa beliau bukan calon yang tepat untuk mengendalikan Perak.

Di akhir komen, Khalid turut mempersoalkan mengenai ketiadaan peluang yang diberikan kepadanya untuk menjadi ketua jurulatih sesebuah pasukan.

“Dan tidak semestinya saya tidak boleh menjadi ketua jurulatih yang baik. Kalau tak bagi peluang kepada saya, macam mana saya nak belajar.

“Anda semua takut sangat untuk berikan peluang kepada saya kenapa?,” kata Khalid.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Liga Super 2021: JDT Kukuhkan Cengkaman, Tundukkan Selangor 3-1

‘Badi’ Seri Sudah Melekat Pada Pasukan Sri Pahang

Chong Yee Fatt Tidak Tahu Punca Leandro Dan Careca Tinggalkan Perak