Bekas penyerang skuad kebangsaan, Khalid Jamlus berpendapat penyerang yang dipanggil beraksi bersama pasukan negara perlu mendapat lebih banyak minit bermain bersama kelab masing-masing bagi memastikan mereka menampilkan prestasi terbaik.

Dalam satu temu bual bersama Makan Bola, Khalid berpendapat minit bermain yang cukup dapat meningkatkan prestasi penyerang ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Khalid Jamlus
Sumber Gambar: FAM

“Kalau mereka ini kerap diturunkan oleh kelab, setiap minggu mereka mendapatkan minit permainan, mereka akan dapat meningkatkan persembahan mereka di atas padang.

“Perlawanan kompetitif juga mampu untuk meningkatkan kepantasan seseorang pemain dalam melakukan tindakan. Oleh itu, para pemain ini amat memerlukan perlawanan di kaki,” katanya.

Antara penyerang yang disebut oleh Khalid ialah Syafiq Ahmad, Shahrel Fikri, Guilherme De Paula dan juga Luqman Hakim dimana bekas pemain Perak itu berpendapat pemain KV Kortrijk ini berpotensi untuk mengetuasi jentera serangan negara.

Barisan serangan negara sedikit tumpul pada aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dimana hanya menjaring dua gol menerusi Guilherme De Paula ketika menentang Vietnam dan Safawi Rasid menerusi sepakan penalti pada aksi menentang Thailand.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Dollah Harap Kehadiran Semula Hidalgo, Yakubu Mantapkan Sri Pahang Hadapi KL City

Perubahan Fizikal Shahrel Fikri Curi Tumpuan Peminat Bola Sepak Tempatan

Sikh Izhan Nazrel Tangguh ‘Trial’ Bersama CF Fuenlabrada