Bekas penyerang skuad kebangsaan dan Perak, Khalid Jamlus berharap Shahrel Fikri lupakan seketika mengenai masalah dalaman dengan skuad The Bos Gaurus sebaliknya fokus pada perlawanan di peringkat antarabangsa bersama skuad Harimau Malaya.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai dakwaan Shahrel seolah-olah sudah tawar hati untuk beraksi bersama Perak gara-gara kerana kurang diturunkan dalam kesebelasan utama. Dakwaan itu timbul setelah pemain berusia 26 tahun itu memadam gambar beliau menyarung jersi Perak di laman media sosial Instagram miliknya.

Katanya dalam Sukan Sinar, perlawanan persahabatan menentang Jordan dan kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 merupakan pentas terbaik untuk Shahrel membuktikan kemampuannya sebagai penyerang berbisa negara.

“Shahrel Fikri harus melihat situasi itu sebagai medan terbaik untuk kembali menyerlah selepas apa yang berlaku bersama Perak. Ia juga boleh dijadikan sebagai pembakar semangat dan motivasi kepadanya bagi membantu skuad negara pada Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

“Ini adalah saat buat Shahrel Fikri membuktikan keupayaannya. Ketepikan dulu apa yang berlaku bersama Perak, sebaliknya Shahrel Fikri harus menanam keinginan untuk lebih berjaya bersama skuad negara,” kata Khalid kepada Sukan Sinar.

69294204_2350681831695234_998659885790920704_o

Shahrel Fikri menjalani latihan bersama rakan sepasukan. FOTO: FAM

Berdasarkan rekod, Shahrel Fikri telah menjaringkan empat gol ketika menentang Timor-Leste pada Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan kini telah mengumpulkan 5 gol bersama skuad negara.

“Bukan mudah untuk mendapat panggilan skuad negara. Bila dapat panggilan, inilah peluang untuk mempertingkatkan lagi pengalaman seterusnya memantapkan kembali momentum permainan yang hilang.

“Shahrel Fikri harus bangkit dengan mentaliti yang tinggi. Dia harus ingat kali ini dia bermain untuk negara. Buktikan siapa diri anda yang sebenar dan dia harus buang mentaliti bermain untuk pasukan negeri ketika ini.

69164039_2350681101695307_885844632661917696_n

FOTO: FAM

“Jangan jadi kurangnya minit perlawanan beraksi bersama Perak sebagai alasan untuk tidak perform bersama skuad negara. Secara peribadi, saya lihat dia berpotensi untuk pergi lebih jauh kerana memiliki naluri sebagai penyerang tulen.

“Saya percaya Cheng Hoe memilih Shahrel Fikri untuk latihan pusat kali ini kerana beliau percaya Shahrel Fikri mempunyai kredibiliti sebagai penyerang walaupun mendapat kurang minit bermain bersama Perak musim ini,” tambah khalid.

Lagi artikel berkaitan dengan penyerang negara, Shahrel Fikri, klik pautan di bawah:

Shahrel Fikri Tawar Hati Dengan Perak?

Shahrel Fikri: Tempo Permainan Thai League 1 Lebih Laju Berbanding Malaysia

Persaingan Shahrel Fikri Dan Syafiq Ahmad Beri Impak Positif

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group