Krisis prestasi yang sedang dialami oleh pasukan Perak ketika ini nyata mendapat perhatian daripada bekas pemain apabila ada yang mahu memberikan bantuan secara percuma bagi memastikan pasukan itu kembali mempamerkan prestasi cemerlang.

Antaranya ialah bekas penyerang iaitu Khalid Jamlus yang sedia untuk memberikan bantuan bagi menajamkan barisan serangan Perak dan Khalid mahu membantu tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Jamlus
Sumber Gambar: Instagram Khalid Jamlus

Melalui laman media sosial Instagram miliknya, Khalid menyatakan beliau bersedia untuk menurunkan ilmu kepada penyerang Perak secara percuma bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Perak gagal untuk menampilkan prestasi terbaik dimana ketika ini mereka menduduki tangga ke-11 sekaligus berada dalam zon penyingkiran ke saingan Liga Perdana musim hadapan.

Tambah Khalid Jamlus, beliau mahu melihat skuad The Boss Gaurus itu untuk kembali bangkit dan beliau mahu membantu sedaya upaya bagi memastikan Perak kembali ke prestasi terbaik.

Selain Khalid, seorang lagi bekas pemain Perak iaitu Azmeer Yusoff dikhabarkan turut berminat untuk membantu Perak secara percuma bagi memastikan pasukan itu terus kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Jaringan Aung Kaung Mann Bantu Sri Pahang Kutip Tiga Mata Penuh

Kyrian Nwabueze Alami Kecederaan ACL, Terlepas Baki Aksi Musim 2021

Liga Super 2021: JDT Mudah Berpesta Jaringan, Perak Makin Tertekan