Baru-baru ini, pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin secara rasmi sah menjadi milik kelab dari Belgium, KV Kortrijk selepas beliau menandatangani kontrak profesional selama 5 tahun di Berjaya Times Square, KL.

Ini adalah sejarah baharu dalam bola sepak tempatan kerana Luqman merupakan produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang pertama mendapat tempat beraksi di eropah.

Bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali berharap pemilik KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan dapat membawa beberapa pemain tempatan beraksi di liga eropah.

Menurut kenyataannya dalam Sinar Harian, ada tiga pemain tempatan yang  dirasakan patut berhijrah ke luar negara kerana umur yang masih muda. Tiga pemain tersebut ialah Safawi Rashid (JDT), Akhyar Rasid (JDT) dan Mohamadou Sumareh (Pahang).

“Bagi saya ada empat atau lima orang yang mungkin boleh diteliti oleh Tan Sri Vincent dibawa bermain di Eropah. Pemain seperti Safawi, Sumareh dan Akhyar ini sudah tentu mereka nak pergi cuma belum dapat peluang lagi.

“Mungkin mereka boleh diberi peluang bermain dalam enam bulan atau setahun. Kalau tak mampu, boleh panggil balik. Sekurang-kurangnya mereka tetap dapat pengalaman apatah lagi usia mereka juga masih muda sekitar 21 hingga 25 tahun,” katanya.

Pengkritik
Aksi Safawi Rasid ketika menjaringkan gol kedua pada pertemuan menentang Indonesia. Sumber Gambar: PFAM

Khalid juga mahu setiap pemain tempatan mempunyai mentaliti yang berbeza dan berani membuat keputusan melebarkan karier di luar negara. Ia secara tidak langsung dapat membantu skuad kebangsaan membentuk barisan yang berkualiti.

“Para pemain juga tak bolehlah ada mentaliti hanya mahu bermain di negara ini. Kalau bermain dalam liga tempatan sahaja, 10 tahun pun tetap macam tu juga. Pergilah cuba nasib di negara lain,” tegas Khalid Ali dipetik dalam Sinar Harian.

Beliau juga sebelum ini menjelaskan tidak semestinya pemain tempatan perlu berhijrah ke liga eropah kerana mereka boleh bermula dengan negara Asia terlebih dahulu.

Pemain negara jiran seperti Thailand telah mula mencipta nama di beberapa negara gergasi bola sepak Asia seperti Jepun. Antara pemain yang sedang meletup di negara itu ialah Chanathip Songraksin dan Theerathon Bunmathan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan dua pemain Thailand yang beraksi di J.League melalui pautan dibawah. 

Chanathip Songkrasin Tersenarai Dalam “Team of the Month” Saingan J. League

‘Through pass’ Padu Theerathon Bunmathan Membelah 6 Pertahanan Sydney FC Raih Pujian Ramai

Rating Pemain Thailand Di J. League: Theerathon Paling “Perform”, Teerasil Mengecewakan

Kaki Theerathon Bunmathan Rabak Dan Terpaksa Dijahit Selepas Dipijak Pemain Jepun