Legenda bola sepak negara, Khalid Ali menggesa pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh untuk memohon maaf di atas pembocoran tawaran kontrak yang diberikan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)

Memetik laporan Harian Metro, Sumareh perlu memohon maaf bagi membersihkan nama Selangor selepas pasukan itu dituduh sebagai punca Sumareh mahu menamatkan kontrak bersama Pahang musim lalu.

Khalid Ali
Khalid Ali

“Selangor diburukkan sehingga ramai marah termasuk Pahang, jadi sekarang kita tahulah keadaan sebenar perancangan dia ingin ke JDT. Tak dinafikan dengan fasiliti dan masa depan yang baik, ramai pemain di Malaysia ingin bermain di sana.

“Sumareh kena tampil ke hadapan dan ceritakan keadaan sebenar di sebalik perkara itu.

“Jelas tindakan serta permainan politik dia itu memang hanya beri kesan negatif kepada Selangor dan mencemar nama baik Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Presiden FAS.

“Jadi beliau kena minta maaf atas perbuatan dia itu yang sehingga kini kita rasa tindakan itu tidak patut dihormati,” kata Khalid Ali.

Selasa lalu, JDT mengesahkan mereka telah menandatangani Sumareh bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Selepas meninggalkan Pahang, Sumareh terlebih dahulu beraksi di Thailand bersama Police Tero secara pinjaman sehingga pertengahan musim 2022/2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Mohamadou Sumareh Sah Sertai Johor Darul Ta’zim

Selangor 2 Diperkuatkan ‘Wonderkid’ Myanmar Hadapi Saingan Musim 2021

Khalid Ali: Perpindahan Sumareh Ke Police Tero FC Sekadar Satu Persinggahan, Tempoh Bertenang Sebelum Ke Pasukan Lain