Pasukan Selangor memulakan langkah untuk mempersiapkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila mengekalkan beberapa pemain daripada skuad musim 2019.

Antara pemain yang dikekalkan ialah penjaga gol yang ketika ini sedang bersama pasukan kebangsaan, Khairulazhan dimana perkara ini disahkan oleh Selangor menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan.

“Khairulazhan atau Yan telah membuat sebanyak 22 kali penampilan bersama pasukan Selangor untuk musim 2019.

“Untuk musim ini, beliau telah mempamerkan prestasi terbaiknya untuk Selangor dalam saingan Piala Malaysia 2019 dan berjaya membawa Red Giants ke pentas separuh akhir.

“Berdasarkan prestasinya yang kian meningkat, Yan telah kembali berlatih bersama skuad Harimau Malaya untuk Kelayakan Fifa Piala Dunia Qatar 2022 & AFC Piala Asia China 2023,” kata Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Selain Khairulazhan, tiga lagi pemain pertahanan turut dikekalkan iaitu M.Thamil Maran, Ashmawi Yakin dan A.Namathevan.

Setakat ini, FAS masih belum mengumumkan mana-mana pemain baharu yang ditandatangani bagi menghadapi saingan musim 2020.

Selangor dikaitkan dengan beberapa pemain berprofil tinggi seperti pemain Perak, Brendan Gan dan bekas ketua pasukan Felda United, Hadin Azman yang meninggalkan pasukan baru-baru ini.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Selangor Destinasi Baharu Brendan Gan?

Apa Kabar Elie Aiboy? Eks Winger Lincah Selangor FA Asal Indonesia

B.Satianathan Optimis Selangor Tampil Lebih Baik Musim Hadapan