Pemain tengah Petaling Jaya City, Ahmad Khairil Anuar menyatakan beliau menyesali perbuatan simulasi yang dilakukan pada perlawanan Liga Super menentang Melaka United minggu lalu.

Menurut laporan Stadium Astro, Khairil atau yang lebih mesra disapa Beto itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya minta maaf kepada Jawatankuasa Pengadil FAM atas apa yang saya lakukan. Dalam bola sepak, tindakan seperti itu umpama tiada semangat kesukanan.

“Kalau saya sendiri tengok rakaman pun malu, apatah lagi orang lain. Benda itu macam bodoh.

“Cuma saya sudah sematkan dalam fikiran, sekalipun saya jatuh betul selepas ini, sukar untuk pengadil berikan (sepakan percuma) sebab satu Malaysia sudah tengok.

“Saya perlu lebih tabah, belajar daripada situ dan fokus ke depan. Insya-Allah saya akan lebih belajar daripada kesilapan ini,” katanya.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggantung Fairuzi selama dua minggu dengan serta merta kerana membuat kesilapan gagal mengesan simulasi pemain itu selain menghadiahkan sepakan penalti ketika bertemu Melaka United.

Khairil Anuar sendiri juga tidak akan terlepas daripada hukuman yang bakal dikenalan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Netizen Tak Puas Hati Aksi ‘Penerajang’ Adam Reed Hanya Terima Kad Kuning Dari Pengadil

Magis Dollah Berhasil Bantu Sri Pahang Raih Kemenangan Pertama Liga Super

‘Rumput Lembu’ Di Stadium Nasional Bukit Jalil Bakal Ditukar