Hasrat bintang UFC, Khabib Nurmagomedov untuk terlibat dalam sukan bola sepak akhirnya tercapai apabila sebuah kelab dari Liga divisyen 3 Rusia, FC Kamaz telah menawarkan kontrak profesional untuk perkuatkan pasukan itu.

Khabib sebelum ini menunjukkan kemahirannya bermain bola sepak ketika perlawanan persahabatan di sekolah latihan Spartak Moscow di Dubai. Aksinya itu telah menarik perhatian para peminat setia sehingga menjadi tular di media sosial.

“Kami menawarkan anda untuk melakukan penampilan pertama dengan menjadi sebahagian daripada pasukan ini.

“PFL adalah bola sepak UFC. Kami beraksi pada setiap perlawanan untuk menang dan bercita-cita tinggi menyertai Football National League (FNL).

“Kami sudah bersedia menawarkan kontrak kepada Khabib. Jika segala-galanya berjalan lancar, anda hanya perlu memasukkan tarikh menyertai pasukan ini,” kata kenyataan daripada FC Kamaz.

FNL adalah liga divisyen dua bola sepak Rusia. Kamaz kini berada di kedudukan keempat PFL, ketinggalan empat mata dengan pasukan teratas. Juara lightweight dunia itu diminta untuk menyertai kem latihan selama tiga minggu di Novorossiysk bermula 12 Februari.

Khabib sememangnya amat meminati sukan bola sepak dan kini dilihat sedang membuat persiapan untuk kembali ke padang selepas bersara daripada UFC. Beliau juga merupakan peminat Cristiano Ronaldo.

Beliau juga banyak menonton aksi Liga Perdana, Inggeris, La Liga serta Liga Juara Juara Eropah. Beliau memiliki pengetahuan yang luar biasa dalam bola sepak.

Khabib dikenali dengan dirinya sebagai peminat Real Madrid di Sepanyol dan Anzhi Makhachkala di Rusia. Khabib juga menegaskan jika di England, beliau sudah lama meminati pasukan Liverpool.

“Kami sudah sediakan sijil untuk Khabib. Jika semuanya berjalan lancar, anda boleh saksikan kelibatnya di atas padang,” tulis kenyataan daripada PFL.

https://twitter.com/sport24_ru/status/1354796397497880579

Para peminat bola sepak Rusia juga berharap tidak ada adegan tumbuk-menumbuk atau pergaduhan diantara pasukan lawan bersama Khabib dalam saingan liga nanti.

Baca juga artikel lain mengenai perkembangan bola sepak dunia melalui pautan dibawah. 

Kerosakan Era Bartomeu, Barcelona Berisiko Muflis, Hutang Meningkat Kepada €1.2 Billion

Lampard Tidak Dibenarkan Ke Tempat Latihan Ucap Selamat Tinggal Kepada Pemain

Tuchel Mahukan Haaland Dan Alaba

Rakan Sepasukan Pierre-Emerick Aubameyang Bakal Sertai Pasukan Liga Malaysia