Demam Piala Malaysia semakin menyelubungi penyokong Kedah apabila Setiausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Shahrul Samsudin mengesahkan sebanyak 6,000 keping tiket bagi saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman 19 Oktober ini telah terjual melalui dalam talian.

Malah Shahrul menjangkakan sambutan hangat penonton pada hari penjualan tiket di perkarangan stadium, 18 Oktober ini dengan jangkaan tiket perlawanan Kedah dengan Pahang akan habis dijual.

Bagi penyokong pasukan pelawat, KFA dijangka akan memperuntukkan kuota 1,000 keping tiket dan sebagai balasan, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) bersetuju menyerahkan jumlah yang sama kepada penyokong Kedah ketika bertandang ke Stadium Darul Makmur, 26 Oktober ini.

72170748_2771860342846425_9127282112225869824_n

“Jawatankuasa Tiket dan Pintu KFA buat keputusan akan menjual tiket perlawanan di perkarangan stadium pada Jumaat, ini, iaitu satu hari awal pada perlawanan sebenar.

“Sekiranya tiket tidak habis, baki tiket akan dijual pada hari perlawanan dan maksimum tiket kami akan jual kepada penyokong Kedah ialah 22 ribu,iaitu kapasiti maksimum di Darul Aman, tidak termasuk penyokong lawan.

“Untuk jualan dalam talian, kami mendapat sambutan yang menggalakkan dan terima kasih kepada Shopee yang membantu dengan tiket di tempat duduk terbuka sudah habis dijual selain sedikit sahaja lagi baki yang tinggal untuk di bahagian astaka lama.

“Penyokong Pahang kami peruntukan 1,000 keping tiket maksimum berdasarkan perbincangan dan di separuh akhir kedua, kami juga bakal mendapat jumlah yang sama, ” katanya.

71479298_2765565570142569_2892139790675738624_o

Beliau ditemui pada mesyuarat koordinasi Malaysian Football League (MFL) bersama pasukan yang layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2019 di ibu pejabat MFL, pada Isnin.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr. Johan Kamal Hamidon menagih sokongan daripada seluruh penyokong Merah Kuning agar sama-sama turun ke Stadium Shah Alam pada 26 Oktober depan pada separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Kami amat mengalu-alukan sokongan daripada rakyat Selangor kerana pertemuan dengan JDT ini ibarat final malah keempat-empat pasukan yang layak ini berada dalam kalangan empat terbaik Liga Super.

separuh akhir piala malaysia

“Itu menggambarkan betapa sengitnya perlawanan yang kami akan hadapi berdepan JDT malah ramai yang meramalkan ia sukar buat Selangor dan kami tetap akan ambil positif kerana berpeluang menentang pasukan hebat di Liga Malaysia.

“Justeru, kami mengharap sokongan daripada semua penyokong untuk sama-sama menghangatkan suasana di stadium nanti dalam usaha Selangor menidakkan ramalan ke atas pasukan pilihan, ” katanya.

Selangor terlebih dahulu akan bertandang ke Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin pada Sabtu ini pada separuh akhir pertama Piala Malaysia.

Baca juga artikel dibawah yang kami sediakan untuk ada sebagai peminat bola sepak sejati.

Kedah Enggan Jadi Jaguh Kampung, Mahu Buktikan Kehebatan Di Asia

Kedah Raih Kejuaraan Piala FA Kali Kelima

Tiada Pengadil Import Untuk Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019