Pasukan Kedah kehilangan seorang lagi pemain import dimana Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengambil keputusan untuk tidak menyambung khidmat pemain dari Argentina, Jonathan Bauman.

Perkara ini diumumkan oleh KFA sendiri menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Bauman berserta seorang lagi pemain import, Fernando Rodriguez diraikan dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel di Alor Star yang barisan staf KFA serta ahli keluarga kedua-dua pemain semalam.

“Pengurusan pasukan memutuskan untuk tidak menawarkan kontrak baru buat 2 pemain tersebut dan mengucapkan selamat maju jaya dalam kerjaya bolasepak mereka di masa hadapan.

“Sebelum pulang, Fernando dan Bauman turut menerima sambutan oleh Ultras Kedah di perkarangan Menara Alor Setar sebagai tanda perpisahan dan penghargaan sumbangan mereka membantu Kedah mencipta episod kejayaan manis musim ini,” kata KFA.

Bauman serta Rodriguez sememangnya menjadi tunjang pasukan dimana kedua-dua pemain ini menampilkan gandingan serta prestasi yang baik di bahagian serangan pasukan. Pemain yang pernah beraksi di Liga Indonesia ini membawa Kedah memenangi Piala FA dan menjadi naib juara Piala Malaysia musim ini.

Dengan pemergian Fernando dan Jonathan, kekosongan yang ditinggalkan oleh dua pemain ini dikhabarkan bakal diisi oleh dua pemain import yang sebelum ini turut beraksi dalam saingan Liga Malaysia.

Bekas penyerang PKNS FC, Kpah Sherman dan bekas penyerang Terengganu FC, Kipre Tchetche dicanang sebagai pemain yang akan menggantikan kedua-dua pemain terbabit.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kedah yang telah kami sediakan di sini:

Kpah Sherman Dan Kipre Tchetche Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Pasukan Kedah

Fernando Rodriguez Tinggalkan Pasukan Kedah

Tiket Final Piala Malaysia: Apa Reaksi Pengalaman Penyokong Kedah Dan JDT?