Menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah mencorak langkah bagi mempersiapkan pasukan dimana badan itu telah melepaskan 10 pemain yang beraksi bersama skuad Lang Merah musim ini.

Perkara ini diumumkan oleh KFA menerusi satu siaran langsung yang ditayangkan di laman media sosial Facebook rasmi Persatuan itu hari ini.

Berikut adalah senarai lengkap 10 pemain yang dilepaskan oleh KFA:

KFA
Sumber Gambar: Kedah FA

Selain mengumumkan pelepasan 10 pemain ini, KFA turut mengumumkan barisan pemain tempatan serta import baharu bagi memperkuatkan pasukan menjelang saingan musim 2020.

Berikut adalah senarai pemain tempatan baharu yang ditandatangani oleh KFA:

KFA
Sumber Gambar: Kedah FA

Berikut adalah senarai dua pemain import baharu yang menyertai pasukan:

KFA
Sumber Gambar: Kedah FA

KFA juga menawarkan kontrak kepada beberapa pemain daripada skuad musim ini serta membawa masuk beberapa pemain daripada skuad Piala Presiden musim 2019 seperti Aiman Afiff dan Loqman Hakim Marzuki.

Berikut adalah senarai pemain yang menerima lanjutan kontrak bersama KFA:

KFA
Sumber Gambar: Kedah FA

Kedah masih dibimbing oleh Aidil Sharin Sahak sambil dibantu oleh Victor Andrag bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kedah di sini:

Hadin Azman Bakal Perkuatkan Pasukan Kedah Musim Depan?

Kpah Sherman Dan Kipre Tchetche Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Pasukan Kedah

Tiket Final Piala Malaysia: Apa Reaksi Pengalaman Penyokong Kedah Dan JDT?