Musim depan, skuad Lang Merah akan dikenali dengan nama baharu dalam saingan Liga Malaysia iaitu Kedah Darul Aman FC (KDA).

Perkara ini diumumkan oleh YB Mohd Firdaus Ahmad, Exco kerajaan negeri Kedah yang juga merangkap Setiausaha Usaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) semalam.

KDA akan diuruskan oleh Darulaman FC Sdn Bhd dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebagai pemilik saham tunggal telah bersetuju menjual saham kepada Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) dengan pemilikan saham 80% oleh MBI dan selebihnya 20% akan dimiliki oleh KFA.

122010126_3773552392677210_4257011320080679940_o
Grafik: FA Kedah

Pada masa yang sama, KFA turut melancarkan pertandingan mereka cipta logo baharu pasukan dan pemenang akan mendapat hadiah utama wang tunai sebanyak RM5 Ribu.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan tiada had penyertaan penjenamaan logo KDA. Setiap peserta perlu menghantar rekaan logo tersebut dalam format JPEG/PNG serta vektor Ai.

Mereka juga perlu menghantar portfolio huraian terperinci mengenai rekaan logo tersebut dalam format PDF.

Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Oktober 2020 jam 11.59 malam. 10 logo terpilih akan dipamerkan kepada umum di saluran media sosial Kedah FA. Panel pemilihan peraduan terdiri dari wakil pengurusan tertinggi KFA dan pereka grafik berpengalaman.

Selain itu, setiap peserta juga wajib letak simbol 17 butir padi pada logo tersebut. Angka 17 diterjemah kepada jumlah rakaat dalam 5 waktu solat dalam sehari. Ia turut terdapat pada jata bendera negeri Kedah.

Bagaimanapun, hanya 3 warna sahaja dibenarkan iaitu Kuning, Hijau dan Merah mengikut kod warna seperti dalam poster.

122143974_3770872956278487_6560390318629702394_o

Penyertaan akan terbatal jika logo tersebut didapati tidak asli dan menyerupai mana-mana logo kelab sukan di dunia melalui carian pelayar internet.

Lebih menarik, selain wang tunai RM5 Ribu, pemenang juga akan mendapat cenderahati dan barang merchandise rasmi KFA/KDA serta pas bermusim 2021 untuk menonton semua perlawanan yang melibatkan pasukan Kedah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

4 Syarikat Antarabangsa Berminat Jadi Penaja JDT Dan Stadium Sultan Ibrahim

Sebuah Pasukan Yang Dikenali Sebagai ‘Rakyat United’ Giat Rekrut Pemain Untuk Liga Super/Liga Premier 2021?

Diogo Luis Santo Kembali Ke Thailand, Camilo Da Silva Penyerang Baharu JDT Musim Depan

“The Professor” Dilantik Sebagai Penasihat Teknikal Kelantan FC