Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sedia untuk mempertimbangkan sekiranya ada pihak yang mahu membeli atau menjadi penaja pasukan Kedah pada masa akan datang.

Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihaknya mengalu-alukan kehadiran jutawan atau syarikat yang berminat untuk membeli pasukan Kedah sekaligus membantu proses penswastaan yang sedang diusahakan ketika ini.

KFA
YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah selaku Presiden KFA. FOTO: Kedah FA

“Kita terima banyak cadangan untuk memiliki kelab bola sepak Kedah ini, tetapi tidak boleh umum di surat khabar sahaja. Mana-mana jutawan atau yang berminat membeli atau menaja kena datang berjumpa untuk kita pertimbang.

“Kelmarin kita ada berunding bersama sebuah koperasi yang mengemukakan tawaran menubuhkan syarikat sendirian berhad. Di bawah koperasi ini, peminat akan didaftarkan sebagai ahli dan menyumbang dana terkumpul yang diguna menguruskan kelab,” katanya menurut laporan Berita Harian.

KFA
Pasukan Kedah sudah memulakan siri perlawanan persahabatan. Sumber Gambar: FA Kedah

Tambah Sanusi, sehingga kini pihaknya masih membuka pintu rundingan dan bersedia untuk menerima kertas cadangan berkaitan penubuhan kelab terbabit dari pihak luar.

“FAM ada menasihatkan agar setiap pasukan berhati-hati dalam menerima tawaran memiliki kelab bola sepak negeri kerana bimbang akan menyebabkan kerugian pula.

“Disebabkan itu kita dengar juga pandangan ini, namun pintu rundingan sentiasa terbuka sehingga penubuhan kelab dapat dicapai,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Kedah di sini:

Sanusi Jamin Tiada Lagi Masalah Gaji Dalam Skuad Kedah Bermula Bulan Julai

Kedah Perlukan RM25 Juta Untuk Melengkapkan Musim 2020, Tunggakan Gaji 5 Bulan Akan Diselesaikan Selepas Berunding

Jurulatih Dan Pemain Senior Kedah Berganding Bahu Bantu Pemain Muda