Kemelut tunggakan gaji pasukan Kedah kini dilihat menemui jalan penyelesaian apabila Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) baru-baru ini mengumumkan akan melunaskan tunggakan gaji bagi bulan Mac pada 1 September.

Perkara ini diumumkan oleh Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor di laman media sosial rasmi pasukan. Selain itu, badan tersebut turut menyelesaikan tunggakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pemain.

“Untuk makluman, kita akan membayar baki 60 peratus gaji untuk bulan Mac pada Selasa ini.

“Pada hari sama, kita akan selesaikan tunggakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).”

Sebelum ini, KFA telah melunaskan tunggakan gaji bagi bulan Julai. Sanusi turut memberi jaminan tunggakan gaji selama lima bulan boleh diselesaikan sebelum saingan Liga Malaysia musim 2020 tamat.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Adakah Ini Klausa 8.7 Yang Menyebabkan Kontrak Sumareh Bersama Pahang FA Terbatal?

PBNP Anggap Mohamadou Sumareh Tidak Mengenang Budi

KFA Sedia Untuk Berunding Jika Ada Pihak Mahu Beli Pasukan Kedah