Zinedine Zidane sekali lagi menghidupkan minatnya ke atas penyerang Liverpool Sadio Mane untuk dibawa masuk ke Bernabeu bagi menguatkan pasukann beliau musim hadapan.

Zidane sudah lama meminati Sadio Mane. Dan kini beliau dikatakan lebih berminat dengan Mane kerana peningkatan mendadak pemain tersebut yang menjadi lebih tajam di hadapan gol.

Selain daripada Sadio Mane, Zidane juga menjadikan Erling Braut Haaland sebagai sasarannya.

Zidane juga dikatakan menjadikan Haaland sebagai sasaran utama beliau. Sebelum ini sasaran utama beliau adalah Sadio Mane.

Secara ringkasnya, 2 pemain tersebut adalah pemain yang diletakkan sebagai senarai sasaran utama untuk dibawa ke Real Madrid. Cuma bezanya adalah pada darjah keutamaan.

Erling Haaland baru sahaja menyertai Borussia Dortmund pada Januari lalu. Tetapi pemain itu ada klausa pelepasan pada kontrak beliau.

Klausa pelepasan Erling Haaland dikatakan hanya €70 juta. Itu angka yang sangat murah jika mengambil kira prestasi pemain tersebut pada musim ini, dengan usianya yang masih muda.

Jika klausa tersebut diaktifkan oleh Haaland, bermakna, Dortmund tiada kuasa untuk melarang pemain itu pergi meninggalkan mereka.

Kenapa Mane dan Haaland?

Haaland merupakan pemain yang dimahukan oleh Real Madrid untuk menggantikan Luka Jovic yang masih gagal memberikan impak.

Luka Jovic merupakan pemain no.9 yang dianggap mampu menjadi sensasi baharu di Real Madrid. Namun ternyata setakat ini pemain itu terus bergelut dengan prestasinya.

Sadio Mane lebih kepada untuk mengisi tempat Eden Hazard yang masih gagal memberikan impak di dalam pasukan Real Madrid.

Seperti Jovic, Hazard juga bergelut dengan prestasi dan juga kecergasan mereka. Sadio Mane juga boleh beraksi di posisi sayap kanan sekiranya Hazard berjaya mendapatkan semula prestasi beliau.

Rumusan

Zinedine Zidane mahukan Mane dan Haaland untuk memperkasakan semula barisan serangan Real Madrid.

Sejak ditinggalkan Cristiano Ronaldo, mereka masih gagal memiliki penyerang yang mampu menjaringkan 20-30 gol semusim.

Selain itu, Real Madrid turut memantau perkembangan pemain seperti Pierre-Emerick Aubameyang sebagai pelan B sekiranya mereka gagal untuk mendapatkan Erling Haaland.

https://twitter.com/nattyroons/status/1244475196133773312

Nampaknya, kita bakal melihat kemeriahan perpindahan di Real Madrid sekali lagi selepas ini?