Peminat bola sepak Asia Tenggara menerima berita gembira apabila Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengesahkan mereka telah membatalkan hasrat untuk keluar daripada Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF).

Isu PSSI meninggalkan AFF muncul selepas mereka syaki pasukan Vietnam dan Thailand cuba berpakat untuk menyingkirkan Indonesia dalam saingan Piala AFF B-19 bulan lalu. PSSI kemudian menghantar bantahan rasmi namun AFF mengesahkan tiada unsur penipuan dalam perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, kemenangan 2-1 skuad Indonesia bawah 16 tahun (B-16) keatas Vietnam B-16 dalam saingan AFF B-16 semalam telah mengubah pendirian mereka untuk kekal dalam AFF.

Ketua Umum PSSI (Ketum), Mochamad Iriawan turut mengesahkan perkembangan itu dan menegaskan tidak ada keperluan untuk Indonesia keluar daripada AFF kerana memang berada di kawasan Asia Tenggara.

“Kami mungkin kekal di AFF kerana memang negara kita ada di kawasan Asia Tenggara. Sehingga tingkatkan kualiti permainan kita, kita balas Vietnam dan Thailand.

“Seperti sekarang, kita boleh raih kemenangan,” jelasnya seperti dipetik dalam VOCKET FC Indonesia.  

Sebelum ini, netizen Indonesia turut mendesak agar skuad kebangsaan mereka keluar daripada AFF sekaligus memaksa PSSI mempertimbangkan cadangan untuk menyertai Persekutuan Bola Sepak Asia Timur (EAFF).

EAFF dianggap lebih kompetitif kerana turut meliputi dua nama besar dalam saingan bola sepak Asia iaitu Jepun dan Korea Selatan disamping negara lain seperti Hong Kong, Mongolia, Korea Utara, Taiwan, Guam, Macau dan Kepulauan Mariana Utara.

Bagi menggantikan Indonesia, Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) sedia menyertai AFF sekaligus meninggalkan Persekutuan Bola Sapak Asia Selatan (SAFF).

Menurut AIFF, niat mereka untuk menyertai AFF telah disampaikan sejak beberapa tahun lalu. Namun situasi pandemik yang melanda dunia pada ketka itu menghalang mereka daripada meninggalkan SAFF.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah

AFC Umum Format Baharu Kelayakan Rebut 8 Slot Automatik Ke Piala Dunia 2026

Tiga Negara Sahkan Penyertaan Dalam King’s Cup 2022

Brad Maloney Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Australia B-17