Ketua Umum PSSI, Erick Thohir berikrar bahawa dia akan memastikan sedaya upaya aksi perlawanan persahabatan antarabangsa Indonesia vs Argentina menjadi kenyataan.

Argentina sudah mengumumkan bahawa Indonesia akan menjadi pasukan yang akan mereka tentang menggantikan Bangladesh.

Argentina sebelum ini merancang untuk melawat Bangladesh. Selepas negara itu memberikan sokongan kuat kepada Argentina sepanjang Piala Dunia 2022 yang lalu.

Di mana banyak ditularkan di media sosial penduduk di Bangladesh berkumpul menyaksikan aksi Argentina secara beramai ramai.

Namun Bangladesh dilaporkan berdepan masalah untuk menyediakan stadium yang sesuai dengan piawaian ditetapkan Argentina.

Argentina tidak akan bermain jika padang tidak bagus kerana akan mengundang risiko kecederaan kepada pemain  pemain utama mereka.

Argentina sebenarnya memang merancang untuk berdepan Indonesia sebelum membuat u turn memilih Bangladesh.

Dan kini, Argentina dilaporkan kembali memilih Indonesia.

Terdapat kerisauan kalau Argentina kali ini ‘game’ sekali lagi. Namun Ketum PSSI menyatakan bahawa aksi Indonesia dan Argentina akan dipastikan berlangsung pada kalendar antarabangsa FIFA.

Arya Sinulingga selaku Anggota Exco PSSI tidak berani memberikan pengesahan tentang perlawanan itu. Walaupun Argentina sudah mengumumkan di laman media sosial mereka, namun masih belum ada hitam putih dimeterai.

Erick Thohir memberikan jaminan bahawa dia akan berusaha memastikan perlawanan itu direalisasikan.

Di mana pemenang Ballon d’Or 7 kali, Leo Messi, yang kerap dianggap GOAT bola sepak akan menjejakkan kaki di Stadion Gelora Bung Karno.

Erick Thohir berkata:

“Bagi FIFA Matchday pada Jun ini kita melawan Palestine yang berada di ranking ke-94.”

“Seterusnya, Argentina juga ingin ke Indonesia untuk membantu pembangunan bola sepak Indonesia.”

“Saya boleh jawab hari ini setelah ada persetujuan daripada FIFA, AFC dan perwakilan dari Argentina.”

“Kita mengalu alukan kedatangan pasukan juara Dunia Argentina ke Indonesia,” kata Erick Thohir.