Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (Ketum PSSI), Mochamad Iriawan atau Iwan Bule menyifatkan persiapan skuad bawah 19 tahun Indonesia (B-19) di eropah mula mendapat perhatian semua pihak termasuk Malaysia.

Penularan wabak pandemik COVID-19 telah sedikit menjejaskan persiapan skuad garuda muda bagi menghadapi kejohanan AFC B-19 dan Piala Dunia B-20 pada tahun depan.

Disebabkan itu, pengendali pasukan, Shin Tae-yong merancang untuk mengadakan kem latihan pusat di luar negara dan PSSI menjadikan negara eropah sebagai pilihan.

Sejak berada di Croatia pada bulan Ogos, mereka berjaya mencatat kemenangan kelima berturut-turut dalam perlawanan persahabatan menewaskan kelab liga divisyen 1 Croatia, Hajduk Split, 4-0 pada minggu lepas.

Iriawan mengatakan Malaysia mula ketakutan melihat persiapan rapi pasukan Indonesia B-19 sedangkan skuad kendalian Brad Maloney belum turun menjalani latihan selama 2-3 bulan.

“Malaysia yang jadi rival kita mulai ‘waduh’ melihat pasukan bawah 19 tahun kita mampu mengalahkan pasukan kuat Liga Croatia yang belum pernah kalah sembilan perlawanan dengan jaringan 4-0,” kata Iwan Bule dipetik dalam Bolalob. 

Skuad Indonesia bukan sahaja menjalani latihan tetapi turut menyertai kejohanan jemputan antarabangsa anjuran Federasi Bola Sepak Croatia (HSN) bersama 3 pasukan lain iaitu tuan rumah (Croatia), Bulgaria dan Arab Saudi pada bulan September lepas.

Kejohanan ini menjadi medan Shin Tae-yong untuk menguji sejauh mana kekuatan mental dan fizikal anak buahnya menghadapi pasukan yang lebih kuat.

Lebih menarik, perlawanan itu turut disiarkan secara langsung di Mola TV untuk tonton peminat bola sepak Indonesia. Namun begitu, Iriawan tidak begitu risau taktikal pasukan turut terdedah untuk tontonan pasukan lawan.

“Berkaitan dengan tayangan siaran langsung Timnas U-19, Shin Tae-yong sudah memberi kebenaran agar perkembangan pasukan dapat dilihat oleh rakyat Indonesia,” tambahnya.

Berikut ialah keputusan perlawanan persahabatan Indonesia B-19 di Croatia:

Indonesia B-19 vs Bulgaria (0-3)
Indonesia B-19 vs Croatia (1-7)
Indonesia B-19 vs Arab Saudi (3-3)
Indonesia B-19 vs Qatar (2-1)
Indonesia B-19 vs Qatar (1-1)
Indonesia B-19 vs Bosnia Herzegovina (0-1)
Indonesia B-19 vs Dinamo Zagreb (1-0)
Indonesia B-19 vs NK Dugopolje (3-0)
Indonesia B-19 vs Macedonia (4-1)
Indonesia B-19 vs Macedonia (0-0)
Indonesia B-19 vs Hajduk Split (4-0).

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Perlawanan Akhir Levain Cup Ditunda Selepas Pemain Dan Jurulatih Kashiwa Reysol Positif COVID-19

Police Tero Kalah Lagi, Mohamadou Sumareh Beraksi Selama 12 Minit

Diogo Luis Santo Bakal Lengkapkan Perpindahan Ke BG Pathum United Pada 17 November