Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sabah FC dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat ketua pasukan skuad kebangsaan Liberia bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Berdasarkan tinjauan di laman media sosial, pemain yang dimaksudkan ialah Sam Johnson, penyerang berusia 27 tahun yang mana musim lalu beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS)

Selain pernah beraksi di saingan MLS, Johnson juga mempunyai pengalaman beraksi di beberapa negara Eropah seperti Sweden dan Norway selain saingan Chinese Super League (CSL).

Di peringkat antarabangsa, Johnson mula beraksi bersama skuad kebangsaan Liberia pada 2015 dan sejak itu beliau menjadi pemain yang sentiasa dipanggil bagi memperkuatkan pasukan.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, selain semakin hampir untuk mendapatkan khidmat Johson, Sabah FC juga bakal memuktamadkan perpindahan pemain pertahanan dari Macedonia, Risto Mitervski.

Dua lagi pemain, Saddil Ramdani dari Indonesia dan Levy Madinda dari Gabon terlebih dahulu dikaitkan dengan pasukan dari Borneo itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

PFAM: Keputusan FIFA Mengenai Kes Mohamadou Sumareh Bukti Kemenangan Perjuangan Pemain

Ifedayo Isi Kuota Asia, Selangor Dapatkan Satu Lagi Pemain Import

Pemain Pertahanan Import Kelantan United FC Bawa Pengalaman Beraksi 7,013 Minit Dalam J3 League

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group