Temasya Sukan SEA 2019 yang setakat ini dianggap sebagai edisi paling teruk kini menjadi lebih parah apabila ketua pasukan skuad bola sepak lelaki Brunei Darussalam, Faiq Jefri Bolkiah dimasukkan ke hospital setelah mengalami alahan akibat memakan makanan yang mengandungi kekacang.

Perkara ini didedahkan oleh staf perubatan pasukan, Faisal Hashim dan kemudiannya disahkan oleh ketua jurulatih pasukan, Aminuddin Jumat dimana anak saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu dimasukkan ke hospital baru-baru ini setelah memakan hidangan kari yang disediakan oleh pihak penganjur.

Faiq Jefri Bolkiah
Faiq Jefri Bolkiah. Sumber Gambar: Bleacher

“Beliau memakan hidangan kari yang disediakan. Bibirnya kemudian menjadi bengkak dan Faiq mengalami kesakitan di bahagian tekak. Saya membawa beliau ke hospital sambil ditemani oleh salah seorang pegawai,” kata Faisal menurut laporan ABS CBN News.

Menurut Faisal, alahan Faiq Jefri terhadap kekacang telah diberitahu kepada pihak penganjur sebelum saingan bola sepak membuka tirai. Lebih tepatnya ketika pihak beliau memberikan butiran mengenai pemain yang beraksi bersama akademi Leicester City itu.

Faiq Jefri Bolkiah
OLIVAL, PORTUGAL – DECEMBER 7: FC Porto’s forward James Artur (R) with Faiq Bolkiah of Leicester City FC (L) in action during the UEFA Youth Champions League match between FC Porto and Leicester City FC at Centro de Estagios do Olival on December 7, 2016 in Olival, Portugal. (Photo by Gualter Fatia/Getty Images)

Tambah Faisal, Faiq kini sudah pulih tetapi beliau membuat permohonan kepada pihak pengajur untuk menyenaraikan segala bahan yang digunakan dalam makanan yang disediakan agar kejadian seperti ini tidak berlaku.

Temasya Sukan SEA edisi kali ini sarat dengan pelbagai kontroversi dan juga insiden dimana pusat media yang disediakan untuk para pegawai media bertugas masih belum siap sepenuhnya dan bahkan kerja-kerja menyiapkan bangunan sedang dijalankan.

Baca artikel lain mengenai Sukan SEA 2019 di sini:

Ini Keadaan Semasa Rizal Memorial Stadium, 7 Jam Sebelum Sepak Mula Acara Bola Sepak Sukan SEA 2019

Sukan SEA 2019: Skuad Bola Sepak Indonesia Hadapi Masalah Cari Makanan Halal Di Filipina

Pemilik Ceres Negros Hulur Bantuan 17 Buah Bas Untuk Kegunaan Pasukan Bola Sepak Sukan SEA 2019