Ketua pasukan BG Pathum United, Thitipan Puangchan terpaksa berehat selama dua bulan setelah pemain itu mengalami kecederaan lutut.

Perkara ini disahkan oleh BG Pathum dimana bekas pemain kelab J. League, Oita Trinita itu mengalami kecederaan lutut selepas perlawanan menentang Trat FC pada 1 Mac lalu.

Thitipan Puangchan
Sumber Gambar: BG Pathum United

Sebelumnya, Thitipan mempunyai rekod kecederaan yang berbeza dimana beliau pernah terlepas perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia pada tahun lalu kerana kecederaan hamstring.

Selain itu, rekod kecederaan yang dimiliki beliau turut memberi kesan terhadap karier Thitipan bersama Oita dimana kelab itu memutuskan untuk tidak menyambung kontrak beliau kerana sering terlepas perlawanan.

Saingan Thai League ketika ini ditunda selama 45 hari bermula 3 Mac lalu kerana penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang semakin serius di Thailand.

Hal ini dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh BG Pathum dimana mereka memberikan perawatan terbaik bagi memastikan Thitipan Puangchan sempat pulih sebelum liga kembali berjalan.

Thitipan Puangchan
Sumber Gambar: BG Pathum United

Kelab yang turut diperkuatkan oleh pemain skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha itu kini menghuni tangga keempat dengan kutipan 10 mata.

Baca artikel lain mengenai pasukan BG Pathum United di sini: