Ketua jurulatih skuad Thailand U19, Issara Sritaro dilaporkan telah meletak jawatan semalam selepas gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam pusingan kelayakan AFC U19 Championship 2020 yang berlangsung di Kemboja.

Pasukan Thailand U19 berada dalam keadaan yang terdesak selepas 3 perlawanan pertama terutamanya apabila tumpas 1-2 kepada Kemboja.

Kekalahan itu menyebabkan mereka tiada pilihan selain menang keatas Malaysia untuk menghidupkan peluang layak ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Uzbekistan.

4CF594B4-6C9B-4D3B-AC7A-B18CDA671897

Issara Sritaro dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui laman sosial rasmi FA Thailand menyatakan bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan ini dan tidak mahu pemain-pemainnya dipersalahkan.

“Pertama sekali, saya memohon maaf kepada semua penyokong bola sepak, kerana saya tidak berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Saya bertanggungjawab atas semua perkara (berkait dengan kegagalan). Terima kasih kepada semua pemain yang cukup berdedikasi selama ini. Terima kasih juga kepada semua kelab dan sekolah yang telah memberikan kerjasama menghantar pemain mereka dalam skuad ini.

Sebagai rekod, kegagalan Thailand U19 ini untuk mara ke pusingan akhir tahun hadapan merupakan kali pertama berlaku dalam tempoh 29 tahun terkini. Kali terakhir Thailand gagal ke pusingan akhir adalah pada edisi 1990.

Dalam pusingan akhir kejohanan AFC U19 Championship 2020 di Uzbekistan nanti, sehingga kini 4 negara dari Asia Tenggara sudah mengesahkan tempat iaitu Malaysia, Indonesia, Laos dan Vietnam.

Baca juga artikel berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan kepada anda sebagai rujukan.

Berdepan Risiko Gagal Layak Ke AFC U19 2020, Thailand Panggil Semula Suphanat Mueanta Bertemu Malaysia

Thailand U19 Belasah Skuad Kepulauan Mariana Utara 21 Gol Tanpa Balas, Suphanat Mueanta Ledak 5 Gol

Thailand Umumkan Skuad 24 Pemain Terkuat Untuk Pertemuan Dengan Malaysia Dan Vietnam