Ketiadaan nama Sumareh dalam senarai pemain kelab Police Tero FC ketika berdepan SCG Muangthong United sememangnya menjadi tanda tanya untuk ramai peminat bola sepak dari Malaysia khususnya.

Menurut kemaskini dari Thai League Central, dalam sidang media selepas perlawanan itu semalam, ketua jurulatih Police Tero FC menjelaskan bahawa faktor kecergasan Sumareh yang masih tidak cukup untuk diturunkan dalam perlawanan adalah punca utama nama pemain itu tidak tersenarai.

Bagaimanapun, Rangsan Viwatchaichok turut menyatakan bahawa Sumareh dijangka akan bersedia dan dapat diturunkan dalam perlawanan seterusnya.

Seorang lagi pemain skuad kebangsaan Malaysia, Dominic Tan dimasukkan sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua perlawanan.

Sebelum perlawanan itu, Dominic Tan telah berjaya tampil dalam 7 perlawanan dengan Police Tero FC mengumpul 263 minit masa bermain untuk musim ini dalam saingan Thai League 1.

ElK1GO2U0AAQvA-

Keputusan perlawanan tidak memihak kepada Police Tero FC apabila tewas 1-3 kepada SCG Muangthong United namun mereka masih lagi berada dikedudukan ke-8 liga, 2 mata mengatasi kelab dari kejiranan yang dipisahkan dengan jarak 12km sahaja.

122431057_1529400104115205_2242367511878075027_o

Perlawanan seterusnya, Police Tero FC akan berkunjung ke Suphanburi pada 30 Oktober 2020 nanti.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Debut Luqman Hakim Dalam Jupiler Pro League, 16 Minit Aksi Berharga Penyerang Muda Negara

FIFA Ranking: Vietnam Kekal Top 100, Thailand & Myanmar Naik 1 Kedudukan, Malaysia Kekal 154, Indonesia 173

Netizen Thai: Liga Malaysia Tidak Mencabar Untuk Diogo, JDT Mampu Juara Lagi Dengan Pemain Sedia Ada

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group