Ketua jurulatih Newcastle Jets, Craig Deans mengesahkan pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi akan berada dalam skuad untuk menghadapi perlawanan saingan A-League menentang Sydney FC pada Sabtu ini.

Craig mengumumkan perkara ini menerusi laman web rasmi pasukan dimana beliau berpendapat Liridon sudah bersedia untuk diturunkan setelah menjalani sesi latihan selama tiga minggu.

“Liridon akan disenaraikan dalam skuad. Beliau sudah berlatih selama tiga minggu dan mempunyai faktor kejutan. Beliau akan membawa perbezaan untuk pasukan.

“Ketika ini dia akan berada di bangku simpanan kerana belum cergas sepenuhnya. Jika keadaan sesuai, kami akan menurunkan beliau.

“Liridon baru sahaja menyertai pasukan. Beliau adalah pemain yang berbeza dimana mempunyai skil dan kebolehan tersendiri,” kata Craig Deans.

Newcastle Jets
Sumber Gambar: Newcastle Jets

Newcastle Jets ketika ini berada di tangga ke-11 dan mereka wajib meraih kemenangan ke atas Sydney sekiranya mahu memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Seorang lagi pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahrian Abimanyu belum diketahui bila beliau akan disenaraikan dalam skuad utama.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liridon Krasniqi di sini:

Liridon Krasniqi Jalani Sesi Latihan Berkumpulan

Liridon Krasniqi Mula Jalani Latihan Bersama Newcastle Jets

RASMI: Pemain Naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi Sah Sertai Newcastle Jets