3 hari yang lalu sebuah artikel dari media utama Myanmar mendedahkan bahawa Persatuan Bola Sepak Myanmar (MFF) mengumumkan keputusan mereka untuk membatalkan perlawanan persahabatan bertemu skuad Harimau Malaya yang dijadualkan akan berlangsung bulan ini.

Dalam artikel itu, pihak MFF menyebut ada 2 sebab pembatalan perlawanan itu selain isu penularan wabak COVID-19 yang melanda ketika ini.

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Myanmar, Antoine Hey memberitahu pihak MFF, beliau mahu berdepan dengan pasukan yang memiliki FIFA Ranking yang lebih tinggi.

“Sebab lain untuk tidak beraksi (dalam perlawanan persahabatan) adalah kerana ranking. Jika kami kalah kepada pasukan yang lebih rendah FIFA Ranking, kedudukan kami akan turun.

mff_12
Antoine Hey ketika mengendalikan sesi latihan pertama skuad kebangsaan Myanmar pada 12 Mac lalu.

“Jadi, ketua jurulatih kami hanya mahu bermain menentang pasukan yang memiliki FIFA Ranking yang lebih tinggi,” kata Setiausaha Agung MFF, U Ko Ko Thein.

Berdasarkan kedudukan FIFA Ranking semasa, pasukan kebangsaan Myanmar berada diranking ke 136, manakala pasukan Malaysia pula ditempat ke-156.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Luqman Hakim Beraksi Bersama Selangor 2 Bagi Dapatkan Minit Permainan

“Kenapa Team AMD Pakai Jersi Lama, Logo Pun Dah Tercabut? Susah Sangat Mai Jumpa Saya” – KJ

EKSKLUSIF: Zafuan Azeman Kongsi Perkembangan Beraksi Dalam Saingan Thai League 3

Sumber