Ketua jurulatih kelab HAGL Lee Tae-hoon dalam satu kenyataan kepada media selepas perlawanan bertemu Khanh Hoa menjelaskan bahawa beliau mahu membawa pulang Nguyen Cong Phuong dari kelab divisyen 1 Belgium, Sin-Truiden VV bagi musim 2020.

“Bermain diluar negara adalah satu kejayaan kepada Cong Phuong. Namun, ia tidak baik untuk seorang pemain berbakat sepertinya untuk berada dibangku simpanan begitu lama. Rule dalam bola sepak adalah, seseorang pemain itu perlu diturunkan sekerap mungkin.

“Saya tidak pasti dengan masa depan beliau, tetapi saya sendiri telah berbincang dengan ahli lembaga eksekutif HAGL mengenai beliau (Cong Phuong). Saya harap untuk membawa dia kembali ke saingan V-League musim 2020.

nguyen cong phuong
Nguyen Cong Phuong ketika beraksi untul HAGL.

“Saya yakin yang saya akan menyokong beliau untuk berjaya.

Mengikut perkembangan semasa Nguyen Cong Phuong disana, selepas 10 perlawanan liga pemain yang digelar sebagai ‘Messi Vietnam’ itu hanya diturunkan selama 20 minit sahaja.

Perkara ini bukan sahaja mengundang kritikan keatas pemain itu sendiri, malahan pihak media di Belgium juga mula mempersoalkan kelab mengapa menandatangani pemain yang tidak mampu memberikan sumbangan kepada pasukan.

Baca juga artikel panas lain yang telah kami sediakan kepada anda untuk tatapan.

Vietnam Dibawah Park Hang-seo Masih Kekalkan Status ‘Unbeaten’ Dengan Negara ASEAN

4 Orang Jepun Ini Sedang Giat Membantu Menaikkan Kualiti Bola Sepak Kemboja

Pasukan Kemboja Guna Khidmat Jurulatih Pelari Pecut Jepun Tingkatkan Prestasi Pemain Dalam Kelayakan Piala Dunia

Sumber