Skuad The Red Warriors bakal mendapatkan seorang ketua jurulatih baharu yang lebih berpengalaman untuk mengendalikan pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Perkembangan itu disahkan oleh pemilik pasukan itu, Norizam Tukiman melalui laporan dalam kosmo, bagi memastikan misi untuk layak ke Liga Super 2022 menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, khidmat Yusri Che Lah yang sudah bersama Kelantan sejak 2017 akan dikekalkan tetapi sebagai pembantu kepada ketua jurulatih baharu.

“Kita akan mengambil jurulatih yang baharu untuk digan­dingkan bersama Yusri. Itu lebih penting untuk memantapkan lagi barisan kejurulatihan.

“Kita belum pasti lagi sama ada jurulatih import atau tempatan dan bila tiba masanya nanti saya akan umumkan,” katanya.

Musim Terakhir
Yusri Che Lah. Sumber Gambar: Kelantan FA

Kelantan sebelum ini dikendalikan oleh bekas jurulatih Tampines Rovers iaitu Marco Kraljevic. Marco sempat bimbing pasukan itu tidak sampai 3 bulan pada musim lepas sebelum Yusri Che Lah dipilih sebagai pengganti.

Penamatan tugas jurulatih dari Croatia itu dibuat atas faktor masalah kewangan yang meruncing selain prestasi semasa pasukan.

Musim ini, Kelantan menamatkan saingan Liga Premier di tangga keempat selepas mengutip 18 mata menerusi 11 perlawanan.

Sejak Norizam mengambil alih pasukan itu, semua hutang lapuk yang melibatkan tunggakan gaji telah berjaya diselesaikan sekaligus membangkitkan semangat pemain untuk mempamerkan aksi terbaik.

“Sejak saya membeli Kelantan FC, banyak perubahan berlaku dalam pasukan. Kita dapat lihat sendiri bagaimana pasukan yang bergelut di dasar liga a­khirnya berjaya keluar dari kelompok bawahan untuk mengutip 12 mata,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Kelantan yang pernah dilaporkan sebelum ini melalui pautan dibawah. 

Pasukan Kelantan Bakal Lancarkan 4 Lagi Jersi Musim 2020, Menjadikan Jumlah 6 Jersi Secara Keseluruhannya

Yusri Che Lah: Kelegaan Untuk Kem Kelantan FA, Komitmen Masaki Watanabe Dapat Pujian

Impian ZamSaham Untuk Bawa The Red Warriors FC Berhad Ke Bursa Malaysia Seawal Tahun 2025