Menjelang saingan Sukan SEA 2019 di Filipina yang akan bermula pada hujung bulan ini, ketua jurulatih pasukan B-22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee memutuskan untuk tidak membawa Safawi Rasid bagi memperkuatkan jentera serangan.

Tindakan Datuk Ong ini mendapat sokongan daripada rata-rata peminat bola sepak tanah air dimana mereka mahu Safawi berehat setelah mengharungi musim yang panjang bersama kelabnya, Johor Darul Ta’zim serta pasukan negara dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Ketiadaan Safawi dalam skuad ke Sukan SEA kali ini dilihat sebagai satu sinar kepada pemain muda yang lain khususnya pemain di posisi sayap untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama selain menampilkan kualiti sebenar.

Pemain seperti Faisal Halim yang sebelum ini hanya memanaskan bangku simpanan tatkala Safawi diletakkan dalam kesebelasan utama kini mempunyai peluang untuk menampilkan kemampuan yang beliau miliki.

Ketiadaan
Sumber Gambar: Goal.com

Selain Faisal, pemain yang baru menyertai pasukan iaitu Mohamad Fayadh Zulkifli Amin turut mempunyai peluang bagi membuktikan bahawa beliau mampu untuk menyumbang sesuatu terhadap pasukan negara sekiranya dipilih bagi disenaraikan dalam skuad akhir.

Datuk Ong dijangka mengeluarkan senarai 20 pemain yang dibawa ke saingan Sukan SEA 2019 pada hari ini.

Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama Myanmar, Filipina, Timor Leste serta Kemboja.

Baca artikel lain mengenai pasukan B-22 tahun negara di sini:

Ong Kim Swee Gugur 5 Pemain Daripada Senarai Awal Skuad Sukan SEA 2019

Sukan SEA 2019: Wan Kuzain Mungkin Sertai Skuad Malaysia B-22 Pada Minggu Hadapan

Datuk Ong Kim Swee Pilih Irfan Zakaria Ke Sukan SEA 2019