Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai pemain yang dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat fasa 2 sebagai persiapan menghadapi kelayakan AFC B-23 pada Oktober ini.

Barisan pemain muda terbaik dalam negara dipanggil oleh ketua jurulatih, Brad Maloney bagi menyertai sesi latihan namun ketiadaan satu nama dalam senarai tersebut nyata menarik perhatian peminat bola sepak tanah air.

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga pemain muda terbaik dalam saingan Liga Super, Arif Aiman tidak dipanggil dan perkara ini nyata mengejutkan ramai pihak.

Arif menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Super dimana beliau kerap menjadi pilihan ketua jurulatih, Benjamin Mora bagi mengisi kesebelasan utama tatkala JDT mempunyai pemain berpengalaman lain seperti Mohamadou Sumareh dan Akhyar Rashid.

Pemain berusia 19 tahun itu turut menjaringkan beberapa gol sekaligus membantu JDT memenangi trofi Liga Super ke-8, jauh meninggalkan pencabar lain seperti Kedah Darul Aman (KDA), Penang dan Terengganu.

Arif juga tidak dipanggil bagi menyertai skuad senior yang akan menghadapi dua aksi persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan pada 6 dan 9 Oktober ini.

Dalam kelayakan AFC B-23, Malaysia diundi dalam kumpulan J bersama Laos, Mongolia dan Thailand.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Penyokong Bola Sepak Kini Dibenarkan Masuk Ke Stadium

Jaringan Park Tae-Su ‘Mendunia’, Pakar Cadang Hantar Ke Puskas

Gol Jarak Jauh Park Tae-su Dapat Perhatian FIFA, Media Antarabangsa

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group