Bekas penjaga gol utama skuad kebangsaan Thailand yang kini berkelana bersama pasukan Hokkaido Consadole Sapporo, Kawin Thamsatchanan telah berjaya memberikan impak awal kepada pasukan apabila aksinya dalam sesi latihan berjaya mengejutkan jurulatih penjaga gol kelab itu.

Menurut laporan dari SiamSport semalam, beliau yang tiba pada 23 Febuari 2020 selepas menyelesaikan urusan berkaitan dokumen dan visa, terus menyertai latihan bersama rakan sepasukan yang lain.

Selepas tamat sesi latihan, pemain-pemain serta barisan kejurulatihan jelas gembira serta kagum melihat aksi Kawin dalam sesi latihan tersebut.

04(219)

“Seperti mana yang dapat dilihat dalam sesi latihan, beliau adalah seorang penjaga gol yang bagus.

“Dapat diperhatikan cara beliau mencari posisi yang tepat untuk berdiri, membaca rentak permainan dan memintas bola juga sangat bagus. Namun, kita masih memerlukan masa untuk beliau berlatih lebih lama bersama pasukan.

“Tetapi kami percaya dia adalah seorang penjaga gol yang bagus dan merupakan salah satu pemain penting untuk pasukan.

07(97)

Kawin Thamsatchanan yang dipinjamkan dari kelab OH Leuven, Belgium selama satu musim dilihat akan memakai jersi nombor 29 bersama Hokkaido Consadole Sapporo musim ini.

Dengan keadaan posisi penjaga gol kelab itu dalam situasi yang agak kritikal, Kawin Thamsatchanan diramalkan bakal berada dalam senarai kesebelasan utama skuad itu apabila mereka berdepan Sanfrecce Hiroshima ditempat lawan, esok.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Slot AFC Cup Akan Diberikan Kepada Juara Piala FA Dan Naib Juara Liga Super Mulai 2021

Skuad Harimau Malaya Berpeluang Kaut Hampir 40 Mata FIFA Ranking Jika Menang Semua Perlawanan Bulan Mac 2020

‘Through pass’ Padu Theerathon Bunmathan Membelah 6 Pertahanan Sydney FC Raih Pujian Ramai

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group