Sudah setahun skuad Harimau Malaya tidak berkumpul dan berlatih bersama. Kali terakhir mereka beraksi adalah pada bulan November 2019 dan berjaya mencatat dua kemenangan 2-1 ke atas Thailand dan 2-0 ketika menentang Indonesia dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Situasi itu menimbulkan rasa bimbang Tan Cheng Hoe terhadap prestasi semasa pemain yang berehat terlalu lama ketika pasukan lain seperti UAE, Thailand dan Vietnam sudah mula membuat persiapan rapi dan menjalani latihan sejak bulan lalu.

Pengganti

Sumber Gambar: FAM

Peningkatan kes wabak COVID-19 menyebabkan kem latihan pusat tidak dapat diadakan ditambah pula dengan pembatalan saingan Piala Malaysia musim ini sekaligus menjejaskan tahap kecergasan pemain.

“Sebagai jurulatih saya bimbang dengan situasi pasukan. Ia satu jurang (prestasi) besar kerana kita (Malaysia) masih ada tiga lagi perlawanan terakhir yang cukup penting tetapi tidak sekali pun kami menjalani latihan pusat atau bermain perlawanan antarabagsa pada 2020 ini.

“Sudah tentu kita risau keselamatan dan kesihatan pemain tetapi dalam bola sepak jika lama tidak beraksi memang boleh jejaskan keseluruhan prestasi. Ditambah dengan mental dan fizikal terganggu kerana liga banyak kali ditunda dan terpaksa buat latihan sendiri di rumah,” katanya kepada Bernama.

75429434_2488141614615921_6660092746662936576_o

FOTO: FAM

Setelah mengharungi 5 perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022, Malaysia kini berada di kedudukan kedua dalam kumpulan G dengan 9 mata dan masih berpeluang untuk mendapatkan tiket automatik ke Piala Asia 2023.

Kesukaran FAM untuk mengatur perlawanan persahabatan antarabangsa juga mampu memberi kesan kepada kedudukan ranking negara.

Bagaimanapun, Tan Cheng Hoe enggan terlalu memikiran tentang kedudukan ranking kerana keutamaanya ketika ini ialah memastikan para pemain cukup bersedia dari segi fizikal dan kecergasan.

“Sudah tentu, ketika pasukan tidak bermain dalam perlawanan, kedudukan ranking pasti tidak memuaskan. Saya lebih suka menumpukan perhatian untuk membantu pemain memperbaiki diri dalam semua aspek,” jelasnya.

“Kalau fikir tugas ini susah, ya, memang susah tetapi sebagai jurulatih saya ambil ini sebagai cabaran dan perlu fikir secara positif. Kalau lihat pasukan lain telah buat persiapan cukup rapi dan baik, yang penting saya perlu ada keyakinan kepada pemain.

“Saya harap mereka (pemain) juga dapat menyediakan diri dalam keadaan fizikal dan mental yang terbaik untuk harungi jadual padat 2021 supaya mereka dalam keadaaan bersedia sekiranya dipanggil menyertai kem latihan pusat,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Dato’ Windsor John: Penarikan Diri JDT Daripada ACL Tidak Beri Kesan Pada Kedudukan Mata Dan Slot MA

Riko Simanjuntak Dan Stefano Lilipaly Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Pasukan Kedah

Hajat Han Kwang-song Beraksi Di Malaysia Tidak Kesampaian Kerana Isu Gaji

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group