Pierre-Emerick Aubameyang kini sedang melalui fasa sukar di hadapan gol bersama dengan Arsenal.

Lebih tepat lagi, sejak beliau menandatangani kontrak baharu 3 tahun dengan Arsenal yang membolehkannya mendapat £300k seminggu, pemain itu tiba tiba kehilangan sentuhan tajamnya di hadapan gol.

Dalam 7 perlawanan terakhir, kapten Arsenal itu hanya menjaringkan 1 gol. Kesannya, Arsenal bergelut untuk meraih kemenangan secara konsisten. Arsenal juga mencatat permulaan terburuk mereka sejak musim 1998/99.

Beberapa bulan yang lalu, ketika masa depan Aubameyang masih belum jelas, Thierry Henry pernah membicarakan betapa pentingnya ketajaman Aubameyang kepada Arsenal.

Menurut Henry dalam ulasannya, Aubameyang adalah pemain paling penting Arsenal. Kerana beliau sudah menyelamatkan Arsenal daripada keadaaan sukar dalam bertahun tahun ini dengan gol gol beliau.

Henry kemudian membayangkan, tanpa gol gol Aubameyang, Arsenal akan menjadi pasukan yang sangat bergelut berdasarkan kualiti pasukan mereka yang terumbang ambing.

0_FBL-ENG-PR-ARSENAL-MAN-UTD

Lantas Henry merayu agar pengurusan Arsenal tidak sesekali melepaskan Aubameyang walau apa yang terjadi. Dan meminta mereka untuk mengutamakan kontrak Aubameyang berbanding perkara perkara lain.

Ternyata apa yang diperkatakan Henry itu adalah benar. Ketika Aubameyang sukar menjaringkan gol lebih banyak, Arsenal turut sukar untuk meraih konsitensi.

Mereka ada pemain seperti Alexandre Lacazette yang dianggap sebagai antara no.9 yang sangat bagus di liga utama Eropah. Namun ternyata Lacazette tidak mampu memberikan gol secara konsisten.

Berbalik kepada komen Henry ketika itu, beliau menjelaskan:

“Apa yang saya tahu pasti kita dengan jelas sekali akan ketinggalan jauh berbanding pasukan lain, jika dia pergi.”

“Dia terus menjaringkan gol, dan jika anda mengambil gol Aubameyang dari Arsenal, semuanya akan sukar,” kata Henry.

Berdasarkan prestasi semasa, tanpa gol Aubameyang, Arsenal hanya mencetak 9 gol daripada 8 perlawanan dan berada di tangga ke-11.

Keadaan ini membuat Arteta tertekan untuk melakukan perubahan, salah satunya adalah mengenai kedudukan posisi bermain Aubameyang.

Aubameyang banyak dimainkan sebagai penyerang sayap. Walaupun musim lalu beliau seolah oleh tidak ada masalah dengan posisi itu, namun dari segi ratio gol, semua orang tahun Aubameyang seorang pemain no.9 yang sangat tajam.

Tetapi Arteta menyatakan beliau tidak panik dengan prestasi semasa Aubameyang. Dan berkata, sebagai satu pasukan, Arsenal secara kolektif masih memiliki kualiti daripada pemain lain ketika Aubameyang tidak menyerlah.

“Fungsi pasukan adalah perkara kolektif, kita mesti berusaha untuk melakukan yang lebih baik. Kami telah terbukti mampu mencipta situasi berbahaya, hanya sentuhan terakhir sahaja yang masih perlu dikembangkan,” kata Arteta.

Baca juga perkembangan lain

UNL: Sepanyol Bantai Jerman 6-0, Ferran Torres Hatrik

Aubameyang Sindir CAF Kerana Biarkan Mereka Tidur Di Lantai Lapangan Terbang

Deadpool Secara Rasminya Menjadi Pemilik Wrexham AFC

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group