Pemain tengah AC Milan, Franck Kessie telah menyatakan bahawa Rossoneri akan memenangi aksi derbi Milan pada Ahad menentang pendahulu Serie A, Inter Milan.

Ini adalah kali pertama derbi Milan menyaksikan dua pasukan di bandar tersebut, AC Milan dan Inter Milan berada di tangga teratas dan yang kedua – sejak kali terakhir pada April 2011.

Perlawanan ini juga berpotensi menjadi penentu kepada kejuaraan liga pada musim ini.

Franck Kessie optimis bahawa pasukannya akan menang dalam aksi di San Siro kali ini.

Kessie berkata: “Masih banyak lagi baki perlawanan. Dan walaupun nampaknya ada banyak kesulitan, kami akan menang derbi ini dan kembali ke puncak liga.”

“Kami sebuah kumpulan  yang telah berkembang daripada situasi sukar yang kami hadapi.”

“Semua orang tahu bahawa, di Itali, anda boleh mengalahkan pendahulu liga dan kalah di tangan pasukan bawahan, tidak perlu risau.”

Pertemuan kali ini juga bakal mempertemukan semula Romelu Lukaku dan Zlatan Ibrahimovic yang sebelum ini terlibat dalam insiden panas.

Zlatan Ibrahimovic telah menjaringkan 10 gol dalam derbi Milan, dengan lapan gol itu adalah untuk Milan, termasuk tiga dalam dua pertemuan kedua dua pasukan musim ini.

Penyerang veteran tersebut juga menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-1 pada bulan Oktober. Beliau kemudian menjadi gol pembuaan dalam aksi suku akhir Coppa Italia bulan lalu, tetapi dia kemudian dibuang padang.

Milan tewas 2-1 dalam perlawanan tersebut, dengan penalti Lukaku serta gol cantik Eriksen sebelum wisel penamat.

Kessie percaya Ibrahimovic akan terus menjadi watak utama dalam derbi kali ini. Malah sudah bersedia untuk tugasan penalti.

“Sekiranya ada penalti, Ibra akan melakukannyua. Dan dia akan gembira dengan hasilnya,” kata Kessie.

ibrahimovic g1

“Dari sudut pandang teknikal, Ibra tidak dapat ditandingi. Sebagai rakan sepasukan, dia selalu memberi anda sesuatu yang lebih banyak. Anda tidak selalu berjumpa dengan juara dengan keperibadian ini.”

Kessie telah berkembang menjadi sebahagian penting dalam perancangan Pioli. Pemain berusia 24 tahun itu telah bermain 31 kali dalam semua pertandingan pada tahun 2020-21 dan telah memenangi 150 bentesan serta duel. Yang paling banyak dalam kelab.

Kepemimpinan Kessie di atas padangg telah membantunya mendapatkan julukan ‘tuan presiden’.

Namun beliau menyatakan ada sebab kenapa beliau mendapat julukan itu.

“Saya pernah sampai di Milanello dan meletak kereta di tempat [mantan CEO Ivan] Gazidis. Mereka memberitahu saya bahawa saya tidak boleh meletak kenderaan di sana, dan saya menjawab, ‘Apa masalahnya? Saya CEO baru Milan’. ”

Sejak dari hari itu para pemain di Milan memanggilnya presiden.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Everton Tambah Derita Liverpool, Tamatkan Badi 7,817 Hari

TERKINI: Man City Tak Lanjutkan Kontrak Aguero

Rummmenigge Hampir Tercekik Melihat Hutang Barca & Tergelak Melihat Gaji Messi