Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bintang Brazil, Hulk mengakui beliau sudah tidak sabar turun beraksi dalam saingan Liga Super China bersama kelab Shanghai SIPG setelah hampir 3 ditangguhkan susulan penyebaran wabak COVID-19.

Dalam satu temubual bersama Globo Esporte, Hulk memuji usaha kerajaan China dalam membendung penularan wabak pandemik itu sehingga situasi kembali normal.

“Situasi terkini cukup tenang dan banyak perkara sudah kembali normal,” katanya yang baru tiba di China bersama rakan sepasukan, Oscar pada minggu lepas selepas bercuti di Brazil.

“Kami telah melihat betapa pentingnya mengikut arahan kerajaan China. Mereka berjaya kawal dengan baik dan hasilnya cukup memuaskan. Syukurlah. Saya harap seluruh dunia dapat mengatasi situasi ini secepat mungkin,” katanya dipetik dalam Gulf News. 

Aksi

Photo by Chung Yan Man / Power Sport Images

Saingan Liga Super China sepatutnya bermula pada 22 Februari namun terpaksa ditangguhkan bagi mematuhi perintah “Lockdown” oleh kerajaan. Setakat ini belum ada tarikh rasmi liga tersebut disambung semula.

Sejak minggu lalu, semua 16 kelab Liga Super China mula turutn menjalani latihan kecergasan selepas kes COVID-19 mencatat penurunan mendadak sehingga kerajaan membuka semula wilayah yang telah ditutup sebelum ini.

“Saya rindu turun menjalani latihan bersama rakan sepasukan, mereka seperti keluarga kedua kepada saya. Kami selalu meluangkan masa bersama tetapi kami sudah lama tidak bertemu. Saya gembira semuanya kembali normbal di sini,” ujarnya.

Hulk yang mempunyai 47 kaps bersama skuad kebangsaan Brazil telah menjaringkan 86 gol dalam 138 penampilan bersama Shanghai SIPG sejak tahun 2016.

Pemain yang berusia 33 tahun itu sempat membantu kelab itu menjuarai Liga Super China pada tahun 2018 dan Piala Super Cup China pada tahun lepas.

Lihat artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Iran Negara Keempat Hantar Permohonan Rasmi Bida Hak Tuan Rumah Piala Asia 2027

Ho Chi Minh City FC Mahu Gandingkan Anak Rivaldo Dengan Nguyen Cong Phuong, Atur Tawaran Kedua

Tiga Pemain Import Buriram United Yang Boleh Beraksi Di Liga Malaysia

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group