Syarikat KAL Services Sdn Bhd dan Red Antlers Sdn Bhd telah memeterai perjanjian untuk membentuk sebuah syarikat tujuan khas (SPV) iaitu Kerteh Sports City Sdn Bhd bertujuan untuk mengurus kemudahan dan prasarana sukan di Kerteh.

Syarikat usahasama ini ditubuhkan setelah perbincangan selama 18 bulan bagi menerokai peluang komersil dan perniagaan secara bersama di Kerteh.

“Usaha sama ini merupakan satu kesinambungan daripada kerjasama sebelum ini iaitu melalui Kerteh FC dan Balrz.tv yang merupakan sebuah syarikat milik Red Antlers.”

“Kerjasama ini dipertingkatkan lagi melalui penggabungan 2 syarikat induk dimana keutamaan adalah bagi bersama-sama memajukan kemudahan dan prasarana serta aktiviti-aktiviti sukan di Kerteh.”

“Malah, ianya juga dijangka mampu membantu menaikkan imej bandar Kerteh menjadi salah satu pusat pelancongan sukan yang sebelum ini lebih dikenali sebagai bandar Minyak & Gas.”, kata Pengerusi KAL Services Sdn Bhd, Mohd Razeman Mat Nashim.

“Red Antlers pula sangat optimis kerjasama ini mampu membawa impak yang positif kepada pembudayaan sukan sebagai satu aktiviti sihat terutama kepada komuniti disekitar Kerteh.”

“Dengan pengalaman yang kami ada dalam pembangunan, pembinaan dan sukan, kami yakin projek ini mampu dijayakan dan seterusnya mampu meransang pembangunan ekonomi setempat. “, kata Pengarah Red Antlers, Ahmad Suffian Mamat.

Selaras dengan matlamat kerajaan negeri Terengganu menggalakkan program pelancongan dalam negeri, usaha ini juga dilihat mampu mempromosi dan menarik kehadiran pelancong ke negeri Terengganu.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

TRW Kelantan FC ‘Reset’ Pasukan Untuk 2021, Guna 90% Pemain Skuad Piala Belia Dan Piala Presiden

RASMI: Fagiano Okayama Umumkan Lanjutan Kontrak, Hadi Fayyadh Kekal Di Jepun Buat Tahun Ke-3

Hantharwady United Umumkan Hein Htet Aung Sertai Pasukan Di Selangor Musim 2021?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group