Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Syarikat agensi kreatif, INKA Creative Sdn Bhd membuat pelaburan di dalam sebuah kelab bola sepak komuniti, Kerteh FC melalui pembelian saham KAL Services Sdn Bhd sebanyak 10%. Pembelian saham itu adalah sebahagian daripada perjanjian untuk membantu Kerteh FC dalam strategi, pemasaran dan penjenamaan kelab.

Sebahagian daripada inisiatif baru bersama INKA Creative adalah untuk membentuk imej baru Kerteh FC sejajar dengan perkembangan industri bola sepak negara dan antarabangsa. Ini akan membuka ruang kepada Kerteh FC untuk menginovasi pengurusan pasukan bola sepak ke tahap yang lebih tinggi serta menjadi peneraju revolusi penjenamaan dan imej kelab bola sepak komuniti di Malaysia.

“Dalam era teknologi digital pasca COVID-19 ini, kita akan melihat bagaimana teknologi digital memainkan peranan yang penting dalam memberi penambahbaikan bagi perniagaan, peningkatan pengalaman pengguna dan kepintaran proses untuk menghasilkan perniagaan lebih menguntungkan. Kelab amat memandang serius akan kepentingan ini.

“Kelab juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada INKA Creative, yang menaruh kepercayaan kepada kami dalam pemilikan sebahagian daripada saham kelab.” kata Presiden Kerteh FC, Mohd Razeman Mat Nashim.

INKA turut berperanan memberi latihan dan mengurus kakitangan Kerteh FC bagi menghasilkan kerja-kerja rekabentuk kreatif digital kelab di laman sesawang, media sosial dan aset-aset di bawah seliaan kelab.

“Kami percaya dengan kebolehan dan potensi Kerteh FC sebagai kelab bola sepak komuniti yang mampu mengubah pandangan dan persepsi peminat bola sepak terhadap kelab-kelab tempatan.

“Bersama INKA Creative, Kerteh FC akan membangun seiring dengan visi dan wajah baru. Adakah anda sudah bersedia untuk era baru bola sepak negara?.” Kata Pengarah  INKA Creative, Al-Amin Abd Moin.

Untuk rekod, INKA Creative telah banyak terlibat dalam pembinaan jenama pelbagai syarikat. Mereka pernah menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa dalam aspek penjenamaan dan pemasaran secara komprehensif.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Ini Reaksi ‘Ekor’ Harimau Malaya Terhadap Jersi Baharu Skuad Kebangsaan Yang Baru Dilancarkan

Koleksi Jersi Skuad Kebangsaan 8 Buah Negara Di Asia Yang Menggunakan Jenama Nike

RASMI: Jersi Baharu Skuad Kebangsaan Dilancarkan, Refleksi Budaya Ekspresif Dan Penghormatan Tradisi Harimau Malaya

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group