Kerteh FC sekali lagi tampil dengan satu produk terbaharu mereka hasil kerjasama dengan SME dikawasan Kerteh yang telah mula dipasarkan beberapa hari ini secara offline dan juga online menggunakan platform Shopee.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Lebih dikenali sebagai ‘Joyah’, produk energy bar ini telah berjaya dijual lebih 350 unit dalam tempoh 5 hari sahaja tanpa sebarang promosi yang agresif dilakukan.

“Boh, nok Joyah malam ni.”

Ini antara mesej yang diterima oleh pihak Kerteh FC ketika mendapat pertanyaan tempahan Joyah dari pelanggan mereka disekitar Kerteh.

4c1735b9-8a38-4ea8-a35a-47b3dc5eef84
‘Joyah’ dijual pada harga RM4.90 sekeping dan boleh dibeli melalui Shoppe.

Joyah ini sebenarnya merupakan salah satu dari produk yang berada dalam senarai pelan perniagaan kelab yang telah ditetapkan dalam “Kerteh FC Business Plan 2019-2024”.

Didalam pelan perniagaan ini, ada 2 kategori iaitu produk berkaitan dan produk yang tidak berkaitan dengan bola sepak.

Dan menurut maklumat yang kami terima, Joyah berada dalamm kategori produk tidak berkaitan dengan bola sepak serta kategori inilah yang lebih diberikan fokus oleh kelab yang berada diperingkat atas beberapa faktor yang telah dikenalpasti.

ce41b42d-4045-49ba-a0a1-2f1cb918274a

Lebih menarik juga, tempahan untuk mendapatkan Joyah tidak hanya dari Malaysia sahaja malahan ada juga yang membuat tempahan dari Singapura menggunakan platform Shopee!

Jika anda turut mahu mencuba Joyah, klik pautan Joyah Energy Bar ini segera ya.

Ini menunjukkan bahawa dengan perancangan tersusun dan product research yang jitu mampu untuk memberikan revenue kepada kelab, selain bersama-sama membawa komuniti seperti IKS dan pendudukan tempatan lebih rapat dengan kelab.

Perkara seperti ini mungkin dipandang remeh oleh pasukan-pasukan besar, tetapi dari perkara kecil seperti inilah sebenarnya bakal memacu kepada produk-produk lebih gah dan besar dimasa hadapan.

Tahniah untuk semua warga Kerteh FC!

Gol Junior Eldstal Benam Cabaran Buriram United, Bawa Chonburi Ke Final Thai FA Cup 2021

Luqman Hakim: “Saya Minat Merantau, Suka Pergi Tempat Orang. Ambil Masa 5 Bulan Untuk Menyesuaikan Diri.”

Nick Swirad Jaringkan 1 Gol, Nongbua Pitchaya Sah Juara Saingan Thai League 2 Musim 2020/2021