Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penyerang muda Borussia Dortmund, Youssoufa Moukoko mungkin dikenali sebagai pemain yang berjaya membuat penampilan bersama skuad utama pada usia 16 tahun dan turut sudah merasai pengalaman bermain dalam kancah Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Di sebalik kisah hebat tersebut, mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa tekanan hebat dirasainya dalam usaha untuk mengecapi nikmat tersebut sehingga membuatkan dirinya hampir memilih untuk bersara pada usia terlalu muda.

Pada usia 16 tahun 25 hari, Moukoko menjadi pemain termuda yang membuat penampilan dalam kempen Bundesliga yang menyaksikan Dortmund berhadapan Werder Bremen.

Sebelum itu, pemain kelahiran Younde, Cameroon tersebut turut memecah rekod pemain termuda yangt beraksi di saingan UCL.

“Pada permulaannya, laporan-laporan mengenai saya itu membuatkan saya tertekan, terutamanya ketika umur saya menjadi topik perbualan mereka,” ujar Moukoko menurut laporan Goal.

“Saya tidak mahu untuk melakukannya terhadap diri saya sendiri. Saya mahu untuk berhenti daripada bermain bola sepak tetapi jurulatih saya banyak membantu.

”Dia memberikan sokongan. Saya dapat melupakan segalanya ketika di dalam padang,” tambah Youssoufa Moukoko lagi.

Individu yang dimaksudkan oleh Moukoko dalam memberikannya semangat untuk terus melangkah dalam bola sepak itu ialah jurulatih skuad remaja Borussia Dortmund, Sebastian Geppert.

Selepas beberapa rekod telah dilakarkan berikutan usianya, Moukoko telah membuat 14 penampilan buat Dortmund pada musim lalu dalam saingan Bundesliga dan turut berjaya menjaringkan tiga gol.

Baca artikel-artikel lain yang disedikan buat anda:

Atletico, Arsenal Buru Khidmat Lautaro Martinez Pada Harga Lebih Rendah

Carragher: Kembalinya Van Dijk Tak Jamin Kejuaraan EPL Milik Liverpool

Dick Advocaat Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Iraq

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group