Disebalik kemenangan Vietnam dalam acara bola sepak lelaki temasya Sukan SEA 2019 semalam, pemain pertahanan pasukan itu, Doan Van Hau menjadi buah mulut dalam kalangan penyokong Indonesia selepas melakukan kekasaran terhadap Evan Dimas pada minit ke 21.

Ketika itu, Evan mengalami kecederaan yang serius dan terpaksa dipapah keluar kerana tidak mampu lagi beraksi dalam baki perlawanan itu. Justeru itu, tempatnya diganti oleh Syahrian Abimanyu.

Situasi itu turut mengundang kemarahan penyokong Indonesia dan menyifatkan ia merupakan salah satu strategi kotor skuad kendalian Park Hang Seo dengan menyingkirkan Evan Dimas untuk melumpuhkan jentera tengah pasukan itu.

ezgif.com-webp-to-jpg
FOTO: Fox Sports

Disebabkan oleh insiden tersebut, Doan Van Hau menjadi mangsa siber apabila laman instagramnya diserang oleh penyokong Indonesia yang tidak puas hati dengan tindakannya lalu menghamburkan kata-kata kesat sejak tengah malam tadi.

Selain itu, mereka turut menuntut Van Hau membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya. Namun begitu, Van Hau enggan melayan sebarang provokasi daripada penyokong Indonesia dan tidak menutup bahagian ruang komen instagramnya setakat ini.

photo_2019-12-11_13-41-57

Bagaimanapun, Evan Dimas menjelaskan Van Hau sudah datang kepadanya untuk memohon maaf dan berharap penyokong Indonesia tidak memperbesarkan lagi isu ini.

“Dia sempat meminta maaf kepada saya. Saya secara peribadi sudah memaafkannya, tidak ada sakit hati,” katanya seperti dipetik dalam portal Kantor Berita Antara.

“Dalam sukan bola sepak, kami semua sama-sama ingin menang. Apapun hasilnya harus disyukuri,” kata Evan.

Kejayaan Vietnam semalam merupakan pingat emas pertama bagi negara itu dalam acara bola sepak Sukan SEA selepas mencuba selama 60 tahun, dan kali terakhir mereka menjuarainya ialah pada edisi 1959 ketika itu menggunakan nama Vietnam Selatan.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Park Hang-seo Kekal ‘Unbeaten’ Di Asia Tenggara, Tamatkan Badi 60 Tahun Pingat Emas Sukan SEA Untuk Vietnam

Thailand ‘Bersyukur’ Tersingkir Awal Sukan SEA 2019, Atur Persiapan Rapi Kejohanan AFC U23

Hasil Drawing Piala AFC 2020: Bali United Di Grup G, PSM Makassar Lewati Play-Off Dulu