Beberapa hari lepas, kerajaan Uzbekistan telah melanjutkan tempoh “lockdown” di negara mereka susulan peningkatan kes wabak pandemik COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda pengurangan.

Tempoh “lockdown” akan berakhir pada 1 Ogos ini namun kerajaan Uzbekistan kemungkinan akan melanjutkan lagi jika kes COVID-19 terus meningkat ke tahap yang membimbangkan.

Situasi itu memberi gambaran kejohanan AFC B-19 yang akan berlangsung pada bulan oktober ini di Tashkent, Uzbekistan kemungkinan terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu jika tempoh “lockdown” masih dilanjutkan.

Bagaimanapun, pengendali skuad bawah 19 tahun negara (B-19), Brad Maloney tetap fokus kepada persiapan pasukannya di wisma FAM sambil menantikan perkembangan terkini di Uzbekistan.

“Ini di luar kawalan kita. Kita hanya perlu tunggu dan lihat.

“Kami tidak akan mengubah perancangan kami. Matlamat utama ialah memastikan semua pemain cukup bersedia menghadapi kejohanan itu sehingga dimaklumkan secara rasmi,” kata Maloney dalam New Straits Times.

107477252_3023566314406779_7266426821629502873_o
FOTO: FAM

Kejohanan AFC B-19 yang akan berlangsung dari 14 hingga 31 Oktober ini di Uzbekistan dan ia menawarkan 4 slot automatik ke Piala Dunia B-20 pada tahun 2021. Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama bekas juara, Qatar, Tajikistan dan Yaman.

Seramai 35 pemain telah dipanggil menjalani latihan pusat kali ini, 14 pemain adalah daripada skuad 23 pemain ketika saingan kelayakan di Phnom Penh, tahun lalu manakala baki 21 pemain merupakan pemain yang pernah dipanggil pada kem latihan pusat pemilihan tahun lalu dan juga muka-muka baharu untuk dinilai oleh Maloney dan barisan kejurulatihannya.

Beberapa tonggak utama dalam saingan kelayakan tahun lalu seperti penjaga gol, Firdaus Irman Mohd Fadhil dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman; Azrin Afiq Rusmini, Harith Haiqal Adam Afkar, Mukhairi Ajmal Mahadi, Luqman Hakim Shamsudin dan Ahmad Zikri Mohd Khalili, dijangka menyertai pasukan pada kem latihan pusat berikutnya.

Sementara itu, Maloney turut gembira dengan kebenaran rasmi daripada pihak kerajaan untuk mengadakan latihan penuh secara bersentuhan bagi sukan berpasukan seperti bola sepak.

“Saya fikir ini berita baik. Ini membolehkan kita mengadakan perlawanan persahabatan untuk menguji keserasian pemain.

“Tiada perubahan dalam program kami. Semua pemain akan melakukan latihan asas sehingga latihan penuh dibenarkan,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini.

Indonesia Berhajat Jadi Tuan Rumah Piala Dunia FIFA 2030

Tabur Garam Dan Nasi Di Atas Padang, Kelab Vietnam Ini Disyaki Amalkan Ilmu Hitam Untuk Raih Kemenangan

Tiga Pemain Naturalisasi UAE Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan