Kemelut yang melanda Chelsea akhirnya sampai ke penghujung selepas kerajaan United Kingdom (UK) dan Premier League telah meluluskan pengambilalihan kelab tersebut bagi membolehkan konsortium Amerika Syarikat, Clearlake Capital diketuai Todd Boehly menjadi pemilik baharu.

Perkembangan terkini itu sudah pastinya melegakan seluruh peminat The Blues dan tidak terkecuali juga buat Thomas Tuchel yang perlu bekerja keras untuk memperkuatkan pasukannya dimana Chelsea bakal kehilangan tonggak pertahanan seperti Antonio Rudiger, Cesar Azpilicueta, Marcos Alonso dan Andres Christensen.

Menurut sumber Goal, jumlah pelaburan berkaitan pengambilalihan daripada Roman Abramovich kepada Boehly itu menelan belanja sehingga £4.25 bilion ($5.2bn) dimana £2.5bn ($3.2bn) dilaporkan menjadi harga jualan kelab tersebut dimana £1.75bn (2.1$bn) ditetapkan akan dilaburkan selama 10 tahun.

Persetujuan berhubung pengambilalihan tersebut berjaya dimeterai selepas kerajaan UK mendapat jaminan daripada sudut undang-undang bahawa Roman Abramovich yang semua hartanya di negara itu telah dibekukan tidak akan mendapat sebarang keuntungan daripada penjualan kelab ini.

Perkara itu turut disahkan oleh Menteri Sukan dan Kebudayaan UK, Nadine Dorrie dimana turut mendedahkan bahawa pihak kerajaan telah mengeluarkan lesen khas yang diperlukan oleh Chelsea untuk memuktamadkan perkara tersebut.

“Malam tadi, kerajaan telah meengeluarkan lesen bagi membenarkan penjualan Chelsea FC. Memandangkan sekatan yang kami berikan kepada mereka yang dikaitkan dengan [Vladimir] Putin dan pencerobohan berdarah ke atas Ukraine, masa depan jangka panjang kelab itu hanya boleh terjamin di bawah pemilik baharu.”

“Kami berpuas hati hasil daripada penjualan itu tidak akan memberikan keuntungan kepada Roman Abramovich atau individu lain yang diberikan sekatan itu.”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang, terutamanya pegawai yang telah bekerja tanpa jemu untuk memastikan kelab kekal bermain dan membolehkan penjualan ini melindungi peminat dan komuniti bola sepak yang lebih luas,” tambah Dorrie lagi.

Pengambilalihan ini sekali gus menamatkan 19 tahun pemilikan penuh gemilang Chelsea di bawah jagaan Abramovich dimana The Blues memenangi 21 kejuaraan termasuklah dua trofi Liga Juara-Juara Eropah dan lima kali menjulang Liga Perdana Inggeris.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Son Heung-Min Hargai Sokongan Rakan Sepasukan Bantu Raih Kasut Emas

BBC Minta Maaf Kesilapan Pekerja Pelatih Tulis Manchester United Are Rubbish Pada ‘Ticker’

AFC B-23: Thailand Senaraikan 10 Pemain Berpangkalan Di Luar Negara

Sumber