Liga Perdana Inggeris boleh dimulakan semula seawal 1 Jun di bawah garis panduan kerajaan yang sangat ketat.

Perdana Menteri, Boris Johnson telah menyatakan pada Ahad lalu bahawa, mereka sudah sedia untuk membuka beberapa acara kebudayaan, sukan dan beberapa acara lain.

Namun tidak pasti sama adan Premier League juga akan bermula sekali dengan industri lain seperti pembinaan yang akan dibuka semula bulan ini.

Telegraph melaporkan: “Acara sukan boleh kembali semula dengan dianjurkan di dalam stadium kosong bermula Jun. Dan para penyokong tidak dibenarkan berada di dalam stadium sehingga diberitahu kelak.”

Kerajaan hanya membenarkan acara sukan untuk ditayangkan di dalam televisyen dan bukannya untuk ditonton secara beramai-ramai di dalam stadium.

Premier League pastinya akan cuba memantau bagaimana Bundesliga akan memulakan liga mereka pada hujung minggu ini.

Untuk sukan satu lawan satu seperti tenis, golf dan beberapa sukan lagi, ianya akan dibenarkan untuk kembali lebih awal.

Premier League ketika ini masih dalam fasa perbincangan bagaimana format yang akan mereka mainkan.

Ini selepas idea untuk bermain di venue berkecuali ditentang sehingga lapan pasukan. Manakala hampir kesemua 10 pasukan di bawah carta liga meminta agar sistem penyingkiran musim ini dimansuhkan – jika Premier League diadakan di venue neutral.

Para pemain dan jurulatih sudah kembali berlatih bermula daripada beberapa minggu yang lalu juga berdasarkan protokol kerajaan yang ketat.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

TERKINI: Majoriti Pasukan 10 Terbawah EPL Mahu Hapus Penyingkiran Musim Ini

8 Kelab EPL Menentang Cadangan Aksi Di Gelanggang Neutral

Sambungan Bundesliga Berdepan Masalah Selepas Satu Skuad Dynamo Dresden Dikuarantin