Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Peminat bola sepak Thailand kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negara itu membenarkan mereka hadir ke stadium menonton perlawanan Thai League dengan syarat mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Antara SOP yang wajib dipatuhi oleh semua penyokong tersebut ialah memakai mask dan kedudukan tempat duduk di dalam Stadium dijarakkan 1 hingga 2 meter.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Thailand, Dr Taweesin Visanuyothin mengatakan perintah kawalan pergerakan dilanjutkan hingga 30 September seperti yang dicadangkan oleh Majlis Keselamatan Nasional dan keputusan akan diusulkan kepada kabinet untuk persetujuan.

“Penting untuk kita mengetatkan peraturan supaya krisis COVID-19 ini dapat ditangani dengan efisien, cepat, harmoni dan efektif setelah kegiatan berisiko tinggi dibenarkan bersambung semula,” katanya dipetik dalam TNA.

401E71C9-07B6-415B-B707-670EA1019EAB

Dr Taweesin Visanuyothin

Menurut beliau, setiap sukan mempunyai kawalan keselamatan yang berbeza dan bola sepak hanya dibenarkan kemasukan penonton sebanyak 25 peratus daripada jumlah kapasiti stadium.

“Jumlah penonton mesti dikurangkan untuk membendung penularan wabak pandemik. Jumlah ini dikawal mengikut jenis sukan dan budaya penyokongnya.

“Untuk perlawanan bola sepak dimana banyak penyokong akan bersorak, jumlah kehadiran yang dibenarkan ialah 25 peratus daripada kapasiti stadium berkenaan,” jelas Dr Taweesin.

Thai League akan kembali pada 12 September 2020 namun mereka kini berdepan dengan masalah kewangan yang teruk kerana ‘kehilangan’ wang hak penyiaran apabila penyiar utama, TrueVision tidak akan menyiarkan perlawanan liga domestik selepas 25 Oktober 2020.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Thailand melalui pautan dibawah. 

Thai League Batalkan Penggunaan VAR Musim Ini, Kelab Boleh Bayar Sendiri RM11,000 Setiap Perlawanan Jika Berminat

Media Thailand Anggap BG Pathum United Punyai Barisan Serangan Terbaik Di Thai League 1

FAT Minta Kebenaran Khas Bawa Masuk Akira Nishino Dan 80 Pemain Import Kelab Thai League

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group