Menjelang sepak mula perlawanan akhir Piala AFF 2020 diantara pasukan Indonesia bertemu dengan Thailand, dapat dilihat sudah ada tawaran-tawaran hadiah sekiranya para pemain berjaya untuk membawa trofi itu ke negara masing-masing.

Terkini, Wakil Gubernur Sulawesi Selatan, Andi Sudirman Sulaiman secara terbuka menyatakan bahawa mereka akan menghadiahkan sebuah rumah kepada 2 orang pemain skuad kebangsaan Indonesia iaitu Asnawi Mangkualam dan Irfan Jaya yang berasal dari kawasan itu.

Pengumuman tawaran hadiah itu dibuat melalui laman sosial Facebook rasmi Andi Sudirman Sulaiman kira-kira 1 jam yang lalu.

“Mari doakan Timnas Indonesia menjadi Juara AFF 2020. Kami menyiapkan hadiah 1 unit rumah untuk dua pemain asal Sulsel jika berhasil menjadi Juara.”

Mungkin ini adalah sebagai pendorong untuk pemain-pemain utama skuad Shin Tae-yong ini mempamerkan aksi terbaik seterusnya mencatatkan keputusan sebagai juara kerana pasukan Indonesia belum pernah mendakap trofi kejohanan ini sejak ia diperkenalkan pada 1996.

Dalam sejarah kejohanan sejak edisi Piala Tiger 1996, 4 negara pernah mendakap trofi kejuaraan ini iaitu Thailand, Singapura, Vietnam dan Malaysia. Adakah penampilan kali ke-6 Indonesia dalam perlawanan akhir akan membuahkan hasil kali ini?

Sama-sama kita nantikan.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Indonesia Muncul Negara Asia Paling Banyak Kutip Mata FIFA Ranking Bulan Disember 2021

Untung Pemain Thailand Dapat Pengurus Kaya, Buat ‘Lucky Draw’ Hadiah Barangan Berjenama Mewah

Presiden FA Thailand ‘Hulur’ Bonus Peribadi RM1.25 Juta Jika Tewaskan Vietnam Di Separuh Akhir Piala AFF 2020