Calon Timbalan Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail menegaskan kerajaan negeri Kelantan dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) perlu bersatu bagi memastikan skuad The Red Warriors kembali menjadi pasukan yang disegani dalam kancah Liga Malaysia.

Rosmadi, yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap pucuk pimpinan baharu yang akan mengendalikan KAFA selepas ini dapat mencari satu jalan bagi mengadakan kerjasama bersama pihak kerajaan negeri terbabit.

Datuk Rosmadi Ismail

Sumber Gambar: FAM

“Besar harapan penyokong dan peminat Kelantan untuk melihat KAFA dan kerajaan negeri bekerjasama meningkatkan kembali mutu bolasepak negeri.

“Selangor pun sudah ke arah untuk jalinkan kerjasama dan Kelantan seharusnya berbuat demikian untuk hasilkan pasukan mantap,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Datuk Rosmadi menyatakan dia bersedia untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden selepas mengadakan perbincangan dengan bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

tsam

Tan Sri Annuar Musa. FOTO: InikanBola

“Saya perlu membuat keputusan terbaik untuk rakyat Kelantan, saya orang bola sepak dan amat menyayangi bola sepak Kelantan,” katanya.

Perebutan jawatan Timbalan Presiden menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Rosmadi, Mohammad Yusri Ismail, Datuk Seri Afandi Hamzah dan Datuk Seri Mohd Zumridi Tambi.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group