Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media hari ini mengesahkan kerajaan telah bersetuju membenarkan program latihan berpusat bagi pasukan-pasukan Liga Malaysia, Liga Hoki Malaysia dan Liga Sepak Takraw bermula 15 Februari 2021.

Menurutnya, tempat latihan dan pergerakan atlet perlu dikawal mengikut model gelembung sukan yang dirangka oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Kerajaan mendengar perbentangan daripada kementerian belia dan sukan berkenaan permohonan kebenaran menjalankan program latihan berpusat atau pun ‘quarantin based training’ bagi pasukan- pasukan untuk liga bola sepak Malaysia, ataupun MFL, liga hoki malaysia dan liga sepak takraw.

“Setelah membuat penilaian risiko dengan berbagai-bagai agensi, kerajaan bersetuju untuk membenarkan program latihan berpusat bagi pasukan- pasukan dalam liga bola sepak malaysia, liga hoki malaysia dan liga sepak takraw yang akan bermula pada hari isnin, akan berkuatkuasa pada hari isnin 15 Feb.

“Tempat latihan dan pergerakan atlet adalah terkawal mengikut model gelembung sukan ataupun ‘sports bubble’, penyinapan atlet pemain juga perlu mengikut SOP, kem kuarantin dan home kuarantin yang telah ditetapkan,” kata Ismail Sabri.

Kebenaran daripada kerajaan ini membolehkan setiap pasukan Liga Malaysia membuat persiapan rapi sebelum musim baharu bermula. Bola sepak merupakan salah satu daripada sukan yang mempunyai pasaran besar kerana setiap perlawanan ditonton hampir lapan juta penonton.

Badan pengendali Liga, MFL juga telah menyediakan beberapa mekanisme seperti SOP latihan yang lebih ketat bagi memastikan Liga Malaysia musim 2021 berjalan lebih efektif, selamat dan menghindari segala prospek pandemik COVID-19.

Liga Malaysia 2021 akan membuka tirai dengan perlawanan sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang menemukan juara dan naib juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada bulan Mac depan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia 2021 melalui pautan dibawah. 

Mohamadou Sumareh Sah Sertai Johor Darul Ta’zim

Melaka United Mahu Selesaikan Isu Tunggakan Gaji Secepat Mungkin

RASMI: Scott Ollerenshaw Dilantik Sebagai Pengarah Teknikal, Bakal ‘Korek’ Bakat Baharu Untuk Sabah FC

JDT Bakal Umum Tiga Pemain Baharu Dan Dokumentari Khas Bertajuk ‘Fearless’